Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2016
Genre: Musikal Komedi
Pengarah: Mamat Khalid
Penulis Skrip:
Pelakon: Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Norazmi Bahron
Penampilan Istimewa: Dato’ Hattan, Man Kidal, Black Wings dan ramai lagi.
Syarikat Produksi: Grand Brilliance
Edaran: Primeworks Distribution
Filem Rock Bro memaparkan kesukaran zaman rock di Malaysia sekitar awal tahun 1990, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan.
Sepanjang penglibatan mereka di dalam kumpulan itu, pelbagai rintangan harus mereka lalui, ditambah pula dengan kemelut politik dan perubahan landskap yang sedang melanda industri muzik pada ketika itu. Mampukah kumpulan Rimba Bara terus menuju ke puncak atau adakah mereka akan gagal mempertahankan matlamat Rimba Bara di persada muzik tanahair?
https://www.youtube.com/watch?v=rGNchh09ewg