Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rock Bro Kutip RM1.5 Juta

img_5470

Bukan sahaja berjaya meraih kutipan sehingga RM1.5 juta, malah filem terbaru arahan Mamat Khalid, Rock Bro yang mula ditayangkan sejak Khamis lalu turut menarik 100,000 penonton ke pawagam. Menurut pengarah filem terbabit, Rock Bro merupakan satu pencapaian berganda buat seluruh krew produksi yang terlibat didalam pembikinan filem terbarunya itu.

“Kejayaan awal Rock Bro dicapai apabila pihak pawagam meminta ianya ditayangkan lebih awal daripada tarikh asalnya, iaitu pada 27 Oktober lalu. Lebih menggembirakan apabila jumlah pawagam untuk tayangan filem ini ditambah, iaitu daripada 90 kepada 103 panggung. Sokongan sebegitu sudah cukup untuk membuat kami semua berbesar hati”

“Dari segi kutipan, ianya sudah tentu menjadi milik produser filem ini. Begitupun sebagai pengarah, jumlah penonton lebih mengujakan saya, apatah lagi pada ketika ini pasaran filem tidaklah begitu memberangsangkan,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai kejayaan filem arahan terbarunya, Rock Bro yang meraih kejayaan besar setakat ini.

Menyedari filem tempatan sering dikritik dan tidak mendapat sokongan ramai sebelum ini, Mamat berasa teruja dengan perkembangan jumlah penonton yang berkunjung ke pawagam yang semakin meningkat bagi menyaksikan filem terbarunya pada kali ini yang berjaya meraih kejayaan yang memberansangkan walaupun pada ketika pasaran filem merosot.

Filem yang telah ditayangkan secara rasmi pada Khamis lalu di semua pawagam adalah filem hasil usaha sama Grand Brilliance Sdn Bhd dengan Enjit Semut Sdn Bhd, menampilkan lakonan hebat Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Amy Juliet dan Datuk Hattan. Filem itu juga menjadi pelengkap kepada filem Rock (2005) dan Rock Oo! (2013).

Sumber: Berita Harian

Related posts

Luke Evans Sertai Tom Hanks Dalam Filem Disney+ “Pinocchio”

Kakimuvee

“Thor: Love and Thunder” Telah Mulakan Penggambaran Di Australia

Kakimuvee

Warner Bros. Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Seram Arahan James Wan “Malignant”

Kakimuvee

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Made-For-Theatre Movie ROALD DAHL’S THE WITCHES Premieres Exclusively on HBO GO in Malaysia From This Friday 29 January

Isqandar

Leave a Comment

Add your own review

Rating