Setelah mengadaptasikan filem-filem animasi ke bentuk ‘live-action’, kini Disney mengorak langkah baru apabila mengadaptasikan salah satu permainan pengembaraan taman temanya di Disney Park, Jungle Cruise menjadi sebuah filem live-action.
Disney pada mulanya mahu membawa taman temanya itu ke layar perak pada tahun 2007 dengan dibintangi oleh Tim Allen dan Tom Hanks, tetapi projek mereka itu tergendala buat seketika. Namun, setelah tertangguh selama beberapa tahun, Disney memulakan kembali projek mereka itu dan mengambil Dwayne ‘The Rock’ Johnson sebagai pelakon utama – seorang kapten kapal yang melayari sungai Amazon.
Dwayne Johnson yang teruja dengan filem terbaru itu berkongsi pendapatnya mengenai filem tersebut dan mengajak penonton membayangkan Jungle Cruise seperti filem Indiana Jones.
“Think Indiana Jones — those kinds of adventures. I’m very, very excited about it.”
Buat masa ini tiada tarikh rasmi tayangan filem diumumkan oleh pihak Disney, tetapi pengambarannya dijangka akan bermula pada musim luruh 2018 dan akan bertempat dibeberapa lokasi antaranya Atlanta dan beberapa kawasan di Amerika Selatan.
Kepada peminat-peminat The Rock, apa pendapat anda mengenai filem lakonan terbaru ini?