Berita

ROCK 4 Hanya Mampu Kutip RM2 Juta Selepas 14 Tayangan

Views

Filem terbaru Mamat Khalid, Rock 4: Rockers Never Dai hanya mampu mengutip RM 2 juta selepas 14 hari tayangannya. Bagaimanapun, pengarah terkenal itu tetap bersyukur dengan kutipan tersebut walaupun berhadapan dengan keadaan yang sukar.

“Alhamdulillah, kutipan ini berjaya diperolehi dalam keadaan yang mencabar sekarang. Pada saya ia memberi semangat untuk saya terus aktif buat filem. Mulanya saya ingat ramai yang tak suka filem ini kerana saya tampilkan karakter baru dan cerita baru berlatar zaman sekarang.

“Hanya yang kental rock akan faham kenapa saya buat cerita ini dan pergi menonton. Pada saya, sama ada orang suka atau tidak, suatu masa nanti ia tetap akan menjadi filem klasif seperti filem saya yang lain,” 

Kutipan filem keempat francais “Rock” ini merupakan antara yang terendah dari tiga buah filem terdahulunya yang mana filem pertama Rock pada tahun 2005 (jumlah tidak diketahui); Rock Oo: Rimba Bara Kembali (2013) yang mengutip RM3.8 juta dan Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jakan yang mengutip RM4.64 juta pada tahun 2016.

BACA:  Christina Hodson & Margot Robbie Kembali Bekerjasama Dalam Filem Terbaru Pirates Of The Caribbean

Mamat Khalid sebelum menyatakan bahawa dia tidak menolak  kurangnya sambutan terhadap filem terbarunya itu adalah akibat daripada penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di seluruh dunia ketika ini.

Filem Rock 4: Rockers Never Dai telah pun ditayangkan sejak 20 Februari lalu dan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hazama, Bulan Terry, Sharwani NS, Adam John dan ramai lagi.

Tinggalkan Balasan

shares