Berita

Robocop Kembali Dalam Perancangan, Abe Forsythe Akan Menjadi Pengarah

Views

Selepas Niell Blomkamp meninggalkan projek Robocop Returns awal tahun ini, MGM terpaksa menangguhkan perancangan filem tersebut kerana ini mencari pengganti Blomkamp. Terbaru, laporan dari The Hollywood Reporter mendedahkan, bekas pengarah filem Little Monsters, Abe Forsythe telah dipilih untuk mengetuai projek filem reboot itu.

Forsythe sebelum telah terlibat dalam projek filem komedi seram, Little Monsters bersama-sama aktres Lupita Nyong. Pengarah dari Australia itu turut terlibat sebagai pengarah dalam filem Ned (2003) dan Down Under (2016).

Richard Suckle dari syarikat penerbitan Atlas Entertainment akan menerbitkan filem akan datang bersama-sama pencipta francais RoboCop iaitu Ed Neumier dan Michael Miner. Skrip filem ditulis oleh Neumier, Miner dan bekas penulis skrip Terminator: Dark Fate, Justin Rhodes.

Filem pertama RoboCop yang diterbitkan pada tahun 1987 dibintangi Peter Weller sebagai Alex Murphy, seorang anggota polis yang dibunuh secara kejam ketika menjalankan tugas dan telah dibangkitkan menjadi polis cyborg.

RoboCop berjaya meraih $53 juta dolar seluruh dunia, diikuti RoboCop 2 yang diterbitkan pada tahun 1990 berjaya meraih $45 juta dolar. Bagaimanapun, filem RoboCop 3 gagal dipentas box office apabila hanya meraih $10 juta dolar sahaja. Sebuah filem remake berjudul RoboCop telah diterbitkan pada 2014 dan berjaya meraih $242 juta dolar seluruh dunia, tetapi gagal mendapat hari para pengkritik.

Tinggalkan Balasan

shares