Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Robert Zemeckis Tidak Mengarahkan Filem The Flash

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan pengarah filem paling berbakat Hollywood, Robert Zemeckis akan mengarahkan filem edaran Warner Bros. The Flash. Beliau merupakan pemenang anugerah Oscar yang juga pengarah filem lagenda sci-fiction, Back To The Future serta filem Forrest Gump. Zemeckis merupakan pakar dalam motion picture, dan pemilihannya sebagai pengarah The Flash dianggap langkah tepat kerana filem berkenaan akan menggunakan banyak kesan-kesan khas dan CGI.

Khabar angin bermula apabila terdapat individu yang menyatakan bahawa Robert Zemeckis sedang berbincang untuk mengarahkan filem Warner Bros. Namun berita berkenaan segera dicantas oleh wartawan The Wrap yang mengatakan pengarah terbabit tidak berbincang dengan Warner Bros.

Terbaru, studio Universal mengeluarkan kenyataan bahawa, Robert Zemeckis akan mengarahkan filem mereka dan ini telah mengesahkan khabar angin berkenaan tidak benar.

“Academy Award-winning filmmaker Robert Zemeckis (Forrest Gump, Flight, Cast Away) directs Steve Carell in the moving true story of one broken man’s fight as he discovers how artistic imagination can restore the human spirit.” – Universal Studio

Projek filem yang diberi tajuk Untitled Robert Zemeckis Project, dijangka akan ditayangkan dipawagam pada 21 November 2018. Filem yang bakal diarahkan oleh Zemeckis diambil dari filem dokumentari Marwencol yang diterbitkan pada tahun 2010.

Steve Carell akan membintangi filem Marwencol

Menurut laman web Variety, pelakon Steve Carell menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem ini pada tahun 2015 dan Jumaat yang lalu, Universal mengumumkan, Zemeckis akan turut menulis untuk filem ini bersama-sama Caroline Thompson. Manakala pengarah asal filem Marwencol, Jeff Malmberg disenaraikan sebagai penerbit eksekutif untuk filem arahan Zemeckis ini.

Jadi dengan berita terbaru ini, harapan peminat DCEU untuk melihat pengarah lagenda Hollywood mengarahkan filem The Flash musnah. Memandangkan tarikh tayangan The Flash  masih belum diumumkan oleh Warner Bros. Kerusi pengarahan filem The Flash masih terbuka, dan adakah anda masih berharap Robert Zemeckis mengarahkan filem DCEU ini?

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment