Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Robert Zemeckis Dalam Rundingan Dengan Disney Untuk Arahkan Filem Live Action Pinocchio


Filem live action remake Pinocchio semakin hampir untuk direalisasikan apabila pengarah Robert Zemeckis dilaporkan sedang berunding dengan pihak Disney untuk menjadi pengarah filem tersebut.

Sebelum ini, pengarah filem Paddington, Paul King telah dipilih sebagai pengarah, namun dia terpaksa meninggalkan projek tersebut pada awal tahun ini tanpa memberi sebarang sebab.

Skrip filem akan ditulis oleh Chris Weitz, dan dia juga akan bertindak selaku penerbit bersama-sama Andrew Miano menerusi syarikat produksi mereka, Depth of Field.

Pinocchio akan berkisarkan tentang patung kayu yang mengimpikan untuk menjadi ‘budak yang sebenar’, kisah hubungan antara seorang bapa dan anak lelaki, ramalan berbohong dan mencipta cerita dan hidup dalam dunia fantasi.

Filem asal Pinoccchio yang diadaptasikan dari novel The Adventures of Pinocchio karya Carlo Collodi, telah ditayangkan pada tahun 1940 dan memenangi dua anugerah Academy. Pada tahun yang sama, Disney turut menerbitkan filem animasi berjudul sama yang disuarakan oleh Dickie Jones, Jiminy Cricket by Cliff Edwards, dan Christian Rubb sebagai Master Geppetto.


Sumber:  Variety


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee