Robert Richardson Dedahkan Skrip Filem Batman Ben Afleck Yang Berkisarkan Arkham Asylum

8904
views

Sebelum pengarah Matt Reeves dipilih untuk menulis dan mengarahkan filem The Batman, Ben Affleck terlebih dahulu cuba untuk menghasilkan filem solo ‘Caped Crusader’ itu. Affleck bukan sahaja akan terlibat sebagai pengarah dan pelakon, malah turut menulis skrip filem tersebut.

Bagaimanapun, tekanan yang dihadapinya menyebabkan pelakon tersebut mengundurkan diri dan memberi tugasan pembikinan projek filem solo Batman kepada Matt Reeves. Bagi Matt Reeves, dia mempunyai visi yang berbeza, dan lebih menumpulkan kisah ‘origin’ Batman. Maka projek The Batman diumumkan dan pelakon utamanya diganti dengan Robert Pattinson yang memainkan peranan Bruce Wayne / Batman.

Sinematografer terkenal Hollywood, Robert Richardson sebelum ini dikaitkan dengan filem The Batman arahan Matt Reeves, namun dia menolak khabar angin yang mengatakan dia akan terlibat dalam projek tersebut. Namun, Richardson tidak menafikan bahawa dia bersedia untuk bekerja dengan filem solo Batman yang pada ketika itu menjadi projek Ben Affleck.

Dalam sesi podcast Happy Sad Confused bersama Josh Gorowitz baru-baru ini, dia ditanya mengenai latarbelakang filem Batman yang sedang dirancang oleh Affleck pada ketika itu, dan dia berkongsi serba sedikit mengenainya.

Menurutnya, Affleck merancang untuk memaparkan sisi gelap Batman dalam filemnya itu dan menunjukkan Batman pergi ke Arkham Asylum, dimana hampir kesemua musuh ikonik Batman berada dalam hospital gila itu.

“Well, he was going more into the insanity aspects. So I think you would’ve seen something a little darker than what we’ve seen in the past and more into the individual, who’s inside Batman. What element may be sane and what element may actually not be sane. So he was entering into a little more of the Arkham, as you know, he’s going into where you keep everyone who was bad, everyone that shifted and Batman. And so that whole aspect was sort of… it was very fascinating to go to the darker side of Batman.”

Melihat kepada skrip tersebut, Richardson mendedahkan dia sangat berminat untuk terlibat dalam projek tersebut. “No, and that’s where we were going. I was very interested in that one.”

Rober Richardson merupakan sinematografer yang sering bekerjasama dengan beberapa pengarah terkenal seperti Martin Scorsese dan Quentin Tarantino. Projek terbarunya adalah filem Once Upon a Time in Hollywood yang bakal menemui penonton pada 9 Ogos ini.

Filem The Batman arahan Matt Reeves dijangka akan menemui penonton pada 25 Jun 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here