Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Robert Pattinson Tidak Kisah Dengan Reaksi Negatif Peminat Terhadap Pemilihannya Sebagai Batman

Seperti Ben Affleck, bekas pelakon Twilight Saga Robert Pattinson turut tidak terlepas dari reaksi negatif peminat selepas dia dipilih untuk menjadi Batman dalam filem The Batman arahan Matt Reeves.

Ketika ditemubual wartawan Variety baru-baru ini, Pattinson telah ditanya mengenai perasaannya selepas menerima kritikan dan respon negatif dari peminat. Pelakon tersebut bagaimanapun dengan tenang berkata, “Sejujurnya, ia kurang menyakitkan hati daripada yang saya jangkakan,”

“Ia lebih menyeronokkan apabila anda seorang yang dianggap lemah, tiada apa-apa jangkaan terhadap anda”

Pemilihan Pattinson sebagai Batman sebelum ini dikritik hebat ramai peminat kerana merasakan dia tidak sesuai membawakan watak tersebut disebabkan dia pernah berlakon dalam filem romantik Twilight Saga.

Namun, pengarah Matt Reeves mungkin mempunyai pendapat yang berbeza dan yakin Pattinson mampu memberi apa yang diharapkannya, lebih-lebih Pattinson kini lebih banyak muncul dalam filem-filem berkualiti tinggi walaupun kurang popular dari segi komersial

Filem The Batman dijangka akan memasuki fasa produksi pada awal tahun hadapan

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment