Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Robert Pattinson Secara Rasmi Dipilih Untuk Menjadi Batman

Segala khabar angin mengenai siapa yang akan membawakan watak Batman seterusnya akhirnya terjawab apabila studio Warner Bros. bersetuju untuk menganugerahkan gelaran Batman kepada pelakon Inggeris, Robert Pattinson.

Pattinson sebelum ini disaing hebat dari rakan senegaranya, Nicholas Hoult dalam sesi ujibakat untuk karakter Bruce Wayne / Batman. Walaupun kedua-dua aktor ini disukai pihak studio, pemilihan Pattinson sebagai Batman dipengaruhi oleh Matt Reeves, pengarah filem The Batman. 

The Batman akan menampilkan karakter adiwira DC itu diwaktu muda, – sebab kenapa Ben Affleck melepaskan watak Batmam. Filem ini juga akan memiliki ciri-ciri filem noir serta akan memberi fokus kepada abiliti detektif kepada karater utamanya.

Robert Pattinson akan muncul dalam filem hitam putih berjudul The Lighthouse yang telah ditayangkan di fistival filem Cannes baru-baru ini dan akan turut membintangi filem Tenet arahan Christopher Nolan.

The Batman dijangka akan memulakan penggambaranya pada musim panas ini dan akan ditayangkan pada 25 Jun 2021

Related posts

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Ray Fisher Sahkan Dia Disingkir Dari Filem “The Flash”

Kakimuvee

[Trailer] Netflix Dedah Tarikh Tayangan “To All the Boys: Always and Forever”

Kakimuvee

Leave a Comment