Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Robert Pattinson Positif COVID-19, Produksi “The Batman” Dihentikan Sementara Waktu

Penggambaran The Batman di UK terpaksa dihentikan buat sementara waktu selepas bintang utamanya, Robert Pattinson disahkan positif COVID-19, lapor Vanity Fair

Menurut laman itu, berita Pattinson positif virus merbahaya itu datangnya dari sumber tertinggi, bagaimanapun Warner Bros. Pictures dan wakil Pattinson masih belum membuat pengumuman rasmi. 

Semalam, Warner Bros. mengumumkan penangguhan penggambaran The Batman selepas terdapat krew produksi diuji positif COVID-19. 

“Seorang anggota produksi Batman telah diuji positif Covid-19, pengasingan diri telah dibuat sesuai dengan protokol yang ditetapkan. Penggambaran dihentikan huat sementera waktu” 

Penggambaran filem terbaru DC itu baru sahaja bersambung tiga hari yang lalu selepas terhenti selama lima bulan akibat pandemik COVID-19. 

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Filem terbaru DC/Warner Bros. ini akan menemui penonton pada 1 Oktober 2021.

 

Related posts

Amber Heard Tidak Dipecat Dari Peranannya Sebagai Mera Dalam “Aquaman 2”

Zulaikha

“Nomadland” & “Borat Subsequent Moviefilm” Ketuai Senarai Pemenang Golden Globes 2021

Isqandar

Warner Bros. Reboot Filem Superman, J.J. Abrams Jadi Penerbit

Kakimuvee

Barisan Pelakon & Trailer Filem Animasi Terbaru Disney / Pixar “Luca”

Kakimuvee

Tonton Klip Pembukaan “Zack Snyder’s Justice League” Yang Penuh Dengan ‘Easter Egg’

Kakimuvee

The Division: Rawson Marshall Thurber Ambil Alih Kerusi Pengarahan

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman