Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Robert Pattinson & Elizabeth Debicki Bintangi Filem Arahan Christopher Nolan

Bekas pelakon Twilight Saga, Robert Pattinson dilaporkan akan membintangi filem terbaru arahan pengarah terkenal Christopher Nolan. Filem yang diterbitkan studio Warner Bros. Pictures itu turut dibintangi pelakon wanita, Elizabeth Debicki dan juga pelakon filem BlacKkKlansman, John David Washington.

Setakat ini, filem terbaru Christopher Nolan itu masih belum mempunyai tajuk manakala plot dan karakter yang bakal dibawa pelakon-pelakon tersebut masih belum diketahui.

Skrip yang ditulis sendiri oleh Nolan telahpun siap dan kini sedang memasuki fasa pembikinan. Pihak studio juga telah menetapkan tarikh filem tersebut iaitu pada 17 Julai 2020.

Advertising

Christopher Nolan sering menghasilkan filem-filem yang sangat berkualiti. Kali terakhir pengarah tersebut menghasilkan karyanya adalah pada tahun 2017 menerusi filem Dunkirk. Filem yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua itu berjaya meraih $526 juta dolar seluruh dunia serta mencalon pengarah tersebut dalam anugerah Oscar.

Advertising

Related posts

Marvel Akhirnya Dedah Tajuk Sebenar “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Leave a Comment