Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

AVENGERS: ENDGAME Membuatkan Robert Downey Jr. Menjadi Kaya-Raya


Seperti yang kita tahu, filem-filem Marvel menjadi lubuk duit buat studio Walt Disney Pictures, tetapi tahukan anda, Avengers: Endgame telah memberi pulangan hampir $900 juta dolar kepada studio tersebut?

Berdasarkan laporan Deadline, pembikinan dan penerbitan Avengers: Endgame telah menelan belanja $511 juta dolar, dan telah mencatatkan kutipan sebanyak $2.797 billion dolar seluruh dunia, sekaligus menjadi filem paling tinggi kutipan sepanjang zaman.

Lebih menarik, minggu pertama tayangan Endgame berjaya memberi pulangan modal kepada Disney / Marvel Studio dengan kutipan sebanyak $1.2 billion dolar. China menjadi penyumbang terbesar kepada filem terakhir Infinity Saga itu dengan kutipan sebanyak $614 juta dolar.

Sudah tentu, dengan kutipan yang agak tinggi itu akan memberi bonus kepada para pelakonnya. Menurut laporan dari laman Comingsoon.net, salah seorang bintang utama Endgame, Robert Downey Jr. dilaporkan telah meraih pendapatan sebanyak $75 juta dolar!. Jumlah tersebut termasuklah bayaran gaji $20 juta dolar yang diterima Downey Jr. sebagai Iron Man, dan keuntungan sebanyak $55 juta dolar.

Agaknya berapa bayaran dan bonus yang diterima para pelakon utama Avengers: Endgame yang lain? mesti ‘lebat’ juga kan?



Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini

Kakimuvee