Bintang filem Iron Man dan Sherlock Holmes, Robert Downey Jr. sanggup mengenakan kostum harimau semata – mata mahu menceriakan seorang pesakit kanak-kanak, Daniel yang menderita penyakit cystic fibrosis.
Semua ini bermula apabila ibu kanak-kanak itu telah meninggalkan pesanan diruangan komen akaun sosial Instagram beliau yang mahu menceriakan anaknya yang sedang sakit. Downey Jr. telah merialisasikan permintaan ibu kanak-kanak tersebut apabila mengenakan kostum harimau dan menceriakan kanak-kanak itu.
https://instagram.com/p/9M4YzFRUpY/
Tidak terhenti disitu sahaja, Robert Downey Jr. turut mengajak kanak-kanak tersebut untuk menonton tayangan perdana filem terbarunya nanti, Captain America: Civil War tahun hadapan
Ini bukan pertama kali dia menceriakan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sebelum ini Downey Jr. telah mendermakan lengan bionik kepada seorang kanak-kanak lelaki yang tiada tangan kanan sejak lahir,