You are here Home » Robert Downey Jr. Meminta Disney Agar Tidak Memasukkan Namanya Dalam Kempen Pencalonan Oscar

Robert Downey Jr. Meminta Disney Agar Tidak Memasukkan Namanya Dalam Kempen Pencalonan Oscar

Apabila Disney melancarkan kempen “For Your Consideration” untuk filem Avengers: Endgame, peminat terkejut apabila melihat nama Robert Downey Jr. tiada dalam senarai kempen untuk pencalonan Oscar.

Ini kerana, peminat menjangkakan Disney akan berkempen untuk memasukkan nama Robert Downey Jr. dalam senarai pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik Oscar, berdasarkan prestasi lakonannya sebagai Tony Stark dalam Marvel Cinematic Universe. 

Kini segala persoalan peminat akhirnya terungkai apabila aktor itu sendiri mendedahkan kenapa namanya tiada dalam senarai kempen Oscar yang dijalankan Disney. 

Ketika muncul dalam rancangan The Howard Stern Show, Robert Downey Jr. mendedahkan bahawa dia tidak mahu namanya tersenarai dalam kempen “For Your Consideration” 

“I’m so glad you brought this up because there was some talk about, and I said let’s not, and because I’m much more like you than you might really want to believe,”

“I listen to the show and I agree with most all of your opinions, varied though they may be. Occasionally, you’ll go on some tributary trail of thought I’ll go like ‘oh that’s not how I see it, but I love that you see it that way,'”

BACA:  The Punisher Sah Miliki Rancangan Sendiri

Tonton video Robert Downey Jr membalas kenyataan Martin Scorsese terhadap filem Marvel dibawah.. 

Loading...