Berita

Robert Downey Jr. Kembali Sebagai Iron Man Dalam Animasi What If…?

Views

Dalam temubual terbaru bersama Buzzfeed baru-baru ini, bintang Thor: Ragnarok Jeff Goldblum mengesahkan bahawa Robert Downey Jr. akan kembali ke MCU dalam siri TV animasi Disney+ akan datang What If… ?. Downey Jr. akan memainkan peranan ikoniknya dengan membawa suara versi animasi Tony Stark / Iron Man.

Goldblum juga turut mendedahkan bahawa karakter Grandmaster lakonannya akan muncul dalam episod yang sama dengan Iron Man dan Korg lakonan Taika Waititi.

“I played the part again a couple of days ago. I went to the Disney studios and I recorded the Grandmaster’s voice for an episode of a show that’s gonna be on Disney+ that’s called What If…?,”

“It’s an animated version of all the characters we know and love from Marvel and this episode included the Grandmaster and Iron Man, so Robert Downey will do a voice for that, and Korg. Taika Waititi had already recorded his voice for that, so yeah, for a couple hours I enjoyed doing that.”

What..If? pertama kali diperkenalkan Marvel pada tahun 1977 dan lebih 200 isu telah diterbitkan. Komik-komik tersebut menceritakan bagaimana sejarah Marvel Universe akan berubah sekiranya mereka melakukan perubahan-perubahan penting dalam kontinuiti Marvel. Sebagai contoh komik What if Spider-Man didn’t become a crimefighter? What if Thanos joined the Avengers? 

Animasi akan datang menyaksikan, Jeffrey Wright bakal membawa peranan sebagai The Watcher dan akan turut dibintangi pelakon-pelakon asal MCU seperti Michael B. Jordan, Sebastian Stan, Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson, Chris Hemsworth, Hayley Atwell, Chadwick Boseman, Karen Gillan, Jeremy Renner, Paul Rudd, Michael Douglas, Neal McDonough, Dominic Cooper,  Sean Gunn, Natalie Portman, David Dastmalchian, Stanley Tucci, Taika Waititi, Toby Jones, Djimon Hounsou, Jeff Goldblum, Michael Rooker dan Chris Sullivan.

BACA:  Transformers: The Last Knight Dahului Senarai Pencalonan Razzie Awards Ke-38

What If…? akan disiarkan di laman streaming Disney+ pada tahun 2021.

Tinggalkan Balasan

shares