Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Robert Downey Jr. Boleh Bercakap Dengan Haiwan Dalam Trailer Filem Dolittle

Universal Pictures telah melancarkan trailer dan poster filem Dolittle lakonan Robert Downey Jr. yang akan memainkan watak utama. Anda boleh lihat trailer dan poster filem ini dibawah.

Filem arahan Stephen Gaghan ini diadaptasi dari karya “The Voyages of Doctor Dolittle” yang ditulis oleh Hugh Lofting. Ia berkisarkan tentang seorang ahli fizik yang mendapati dirinya mampu berkomunikasi dengan haiwan.





Turut menyertai Robert Downey Jr. adalah Antonio Banderas, Michael Sheen dan Jim Broadbent yang memainkan peranan watak ‘live action’; manakala pelakon suara terdiri daripada John Cena, Marion Cotillard, Carmen Ejogo, Ralph Fiennes, Selena Gomez, Tom Holland, Rami Malek, Kumail Nanjiani, Craig Robinson, Octavia Spencer, Emma Thompson dan Frances de la Tour.

Skrip Dolittle ditulis sendiri oleh Stephen Gaghan bersama-sama Thomas Shepherd, manakala penerbit terdiri daripada Susan Downey, Jeff Kirschenbaum dan Joe Roth.

Dolittle akan menemui penonton pada 17 Januari 2020.




Related posts

Aksi Padat Mengejar $5 Billion Dalam Trailer Terakhir “Uncharted”

Kakimuvee

[VIDEO] Kehangatan Cinta Seohyun & Lee Jun Young Dalam Trailer Terbaru “Love and Leashes”

Kakimuvee

Graviti Tidak Boleh Menghalang Mereka Dalam Trailer “Space Force” Musim Kedua

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee
Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman