Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Robert Downey Jr. Bayangkan Akan Berhenti Membawakan Watak Iron Man

Bintang utama filem-filem Marvel, Robert Downey Jr. Membayangkan beliau akan meninggalkan wataknya sebagai Iron Man dalam masa akan datang. Beliau yang muncul dalam filem terbaru Spider-Man: Homecoming memberitahu hasratnya itu kepada laman web News.com.

Robert Downey dijangka akan memecahkan rekod Hugh Jackman muncul sebagai watak superhero apabila akan membuat penampilan kesembilan dan kesepuluh dalam filem Avengers Infinity War pada tahun hadapan dan filem Avengers yang masih belum mempunyai tajuk pada tahun 2020.

Hugh Jackman selepas muncul buat kali terakhir dalam filem Logan telah membuat 9 penampilan sebagai Wolverine dalam filem-filem X-Men edaran Fox Studio.

Downey berkata, beliau mahu berhenti membawakan watak Iron Man sebelum ia menjadi lebih memalukan nanti.

“It’s this cyclical thing,” Downey says. “I could have said when the first ‘Avengers’ came out: ‘It’s never going to get any better than that. Everybody stop’. But to me it’s always about people and opportunities, like the Russos, who I adore. Everyone says to me it’s like a glove that fits so well. I have to start over every time but I am starting over with a pretty solid base. I just never want to blow it for the last six or seven [MCU movies] I have done by dropping the ball because I decided to go do it one more time. I just want to hang up my jersey before it’s embarrassing.” – Comingsoon.net

Sebelum ini President Marvel studio pernah memberi hint bahawa beberapa karakter utama Marvel akan ditamatkan dalam pertarungan superhero Avengers dengan Thanos. Tetapi beliau tidak mendedahkan dengan lebih lanjut karakter manakah yang akan ditamatkan selepas beberapa tahun muncul dalam filem-filem Marvel.

Terdapat ura-ura yang mengatakan Captain America antara yang akan ditamatkan karakternya tidak lama lagi. Bagaimanapun Downey sebelum ini ada mengesahkan Iron Man 4 akan menjadi salah satu filem Marvel fasa 4, tetapi dengan kenyataan terbaru beliau, tidak dapat dipastikan samada filem berkenaan akan meneruskan legasi Tony Stark atau menggunakan karakter baru sebagai Iron Man.

Apa pun, nasib Iron Man akan kita ketahui nanti selepas pertarungan diantara Avengers dan Thanos yang akan berlaku tidak lama lagi.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment