Berita

Robert Downey Jr. Akan Kembali Sebagai Tony Stark Dalam Filem Black Widow

Views

Watak Tony Stark mungkin telah mati dalam filem Avengers: Endgame, namun ia tidak menghalang untuk pelakon Robert Downey Jr. kembali memainkan peranannya dalam Marvel Cinematic Universe.

Menurut laporan dari laman Deadline, Downey Jr. akan kembali sebagai Stark dalam filem solo Black Widow yang akan ditayangkan tahun hadapan. Setakat ini, laporan yang didedahkan oleh Deadline masih belum disahkan oleh Marvel Studios dan juga pelakon itu sendiri.

Jika laporan itu tepat, ia tidak bermakna karakter Tony Stark akan dihidupkan kembali. Black Widow ditetapkan selepas filem Captain America: Civil War dan prekuel sebelum ‘event’ Avengers: Endgame. Jadi tiada masalah jika wataknya muncul dalam filem Back Widow kerana ia melibatkan kejadian sebelum serangan Thanos terhadap adiwira Bumi.

Dalam filem Endgame, watak Natasha Romanoff a.k.a Black Widow dan Tony Stark a.k.a Iron Man telah dimatikan dimana kedua-dua watak tersebut mengorbankan diri mereka demi untuk membantu Avengers menewaskan Thanos.

Apapun kita nantikan pengesahan / maklumat lanjut dari Marvel Studios mengenai penglibatan Robert Downey Jr. dalam filem terbaru Marvel akan datang.

BACA:  Ghostbusters 2020 Telah Selesai Menjalani Penggambaran

Tinggalkan Balasan

shares