Laman web The Hollywood Reporter melaporkan, bekas pemenang Academy Award, Robert de Niro dilaporkan sedang dalam perbincangan dengan pihak studio untuk membintangi filem Joker.
Jika perbincangan antara beliau dengan pihak studio berjaya, filem Joker akan menjadi filem komik pertama yang dibintangi oleh bekas pelakon filem Goodfellas dan The Godfather Part II itu.
Filem Joker akan berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an dan de Niro akan membawakan watak seorang hos rancangan televisyen yang berperanan dalam membentuk asal usul penjahat terkenal, Joker.
Selain de Niro, pelakon filem Deadpool 2, Zazie Beetz juga sedang dalam perbincangan dengan pihak studio untuk membintango filem ini.
Filem Joker diarahkan oleh Todd Philips manakala Martin Scorsese akan bertindak sebagai penerbit bersama-sama Todd Philips dan projek terbaru ini akan menelan belanja sebanyak $55 juta dolar. Setakat ini hanya Joaquin Phoenix yang disahkan membintangi filem ini dengan membawakan watak utama sebagai Joker.
Warner Bros. dan DC Entertainment menetapkan tarikh tayangannya iaitu pada 4 Oktober 2019.