Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

RM16 Juta Dalam Tempoh 5 Hari, “Mat Kilau” Terus Kuasai Dewan Pawagam Tempatan

Walaupun pada hari bekerja, ia bukan penghalang buat filem Mat Kilau untuk terus mendominasi pasaran pawagam tempatan. 

Menerusi perkongsian pengarah Syamsul Yusof, filem terbaru arahannya kini telah mengumpul lebih RM16 juta pada hari kelima tayanganya. Lebih menarik, RM3.7 juta di raih pada hari Isnin, iaitu pada hari bekerja, membuktikan bahawa filem tersebut masih mampu menarik penonton walaupun pada hari bukan cuti umum. 


“Abg tak percaya sokongan korang terhadap filemni. Bagai mimpi..” tulis Syamsul Yusof di perkongsiannya di Instagram.

Rekod industri perfileman negara terus tercipta..Terima kasih ya Rab. #matkilau

Dengan netizen masih lagi berbicara tentang kehebatan Mat Kilau, dijangka filem tersebut akan terus menunjukkan prestasi baik pada minggu kedua, sekaligus mencatatkan keuntungan. Sebelum ini, penerbit dan pengarah, Mawi, telah mengajak orang ramai untuk terus menyokong filem Mat Kilau di pawagam walaupun filem tersebut mengutip RM12 juta pada minggu pertama tayangannya. 

Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan diterajui Datuk Adi Putra yang diberi tanggungjawab menghidupkan watak pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

Filem epik sejarah tempatan ini turut dibintangi Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin).

Selain itu juga, ia turut menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Namron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment