Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Rizal Halim Tarik Diri Dari Mengarahkan Filem Keluang Man, Mohon Maaf Pada Rakan Artis Di Singapura & Indonesia

Pengarah filem, Rizal Halim yang pernah mengarah filem di Australia mengambil keputusan tarik diri daripada mengarah filem terbaru yang adaptasi siri kartun televisyen popular, Keluang Man.

Jelasnya, dia berpandangan projek filem baru itu dapat membantu menaikkan semula jenama kartun itu di layar perak selain menarik perhatian peminat generasi baru.

“Niat pada awalnya adalah mahu membantu satu sama lain antara saya dengan produser, pemegang IP (Harta Intelek) jenama kartun itu termasuk rakan artis yang sudah teruja untuk turut serta,” katanya kepada Astro Gempak.

Advertising

Bagaimanapun, Rizal menyatakan wujud sebab tertentu dalam perbincangan terbabit yang menyebabkan dia tarik diri.

“Ada rakan artis di Singapura dan Indonesia teruja nak berlakon filem ini termasuk ada yang sudah membuat latihan berlakon. Apapun saya mohon maaf pada mereka kerana saya tarik diri,” katanya.

Rizal merupakan pengarah filem tempatan pertama yang mengarah filem di Australia menerusi Lurking Woods yang ditayangkan di sini pada tahun lalu.

“Saya nampak cerita seperti Keluang Man yang sudah ada jenama dan peminat boleh jadi besar jika ia dijadikan sebuah filem. Plot sebegini lebih mudah sebenarnya untuk tarik perhatian penonton ke pawagam,”

Meskipun tiada rezeki bersama Keluang Man, Rizal tetap bersemangat dengan filem keduanya, Tainted Getaway, yang membawa genre romantik aksi yang dijangka tayangan pada tahun depan.

Sumber: Gempak.com

Advertising

Related posts

MAFE Gesa Kerajaan Benarkan Sektor Pawagam Kembali Beroperasi

Isqandar

Lebih RM3 Bilion Setahun dicuri daripada Kegiatan Cetak Rompak

Isqandar

Radio ERA perkenal ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ dengan Sherry Alhadad

Zulaikha

[Trailer] Filem “Selamat Hari Tak Jadi” Akan Menemui Penonton Pada 25 Februari Ini!

Kakimuvee

Astro Menawarkan Saluran Percuma Dari 11 hingga 21 Februari

Isqandar

MKN Benarkan Sektor Industri Kreatif Beroperasi

Isqandar

Leave a Comment