Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“River Where the Moon Rises” Memulakan Episod Pertama Dengan Rating Tinggi

Drama terbaru KBS 2TV River Where the Moon Rises telahpun memulakan tayangannya pada 15 Februari.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod perdana drama tersebut telah merekodkan purata rating sebanyak 6.5 peratus dan 9.4 peratus, rating yang lebih tinggi dari episod pertama drama KBS sebelumnya, Royal Secret Agent.

Royal Secret Agent memulakan episod pertamanya dengan rating 5.0 peratus dan mencapai tahap tertinggi iaitu 14 peratus pada episod finale. 

Berdasarkan cerita rakyat Goguryeo, River Where the Moon Rises akan menceritakan kisah cinta Puteri Pyeonggang (lakonan Kim So Hyun) dan On Dal (lakonan Ji Soo). Dalam penceritaan semula kisah terkenal ini, Pyeonggang – yang juga pahlawan berani – adalah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo.

River Where the Moon Rises boleh ditonton secara eksklusif di platform streaming VIU.

Satu lagi drama KBS2 turut ditayangkan semalam. Miss Monte-Cristolakonan Lee So Yeon dan Choi Yeo Jin telah memulakan episod pertamanya dengan rating 14.6 peratus. 

Miss Monte-Cristo akan menceritakan kisah mendebarkan seorang wanita yang hampir mati ketika hidupnya dihancurkan oleh rakan-rakan yang sangat dia percayai. Setelah memutuskan untuk membalas dendam kepada mereka yang mengkhianatinya, dia kembali untuk menuntut kehidupan yang dicuri sepenuhnya dari dirinya.

Sementara itu di tvN, L.U.C.A.: The Beginning telah merekodkan purata rating sebanyak 5.348 peratus, sedikit penurunan berbanding episod minggu lalu. Akhir sekali, drama JTBC She Would Never Know menyaksikan peningkatan dengan episod terbaru merekodkan purata skor 1.816 peratus. 

 

Related posts

“Hospital Playlist 2” Cipta Rekod, Catat Rating Episod Pertama Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha

Filem Aksi R-Rated ‘The Outlaws 2’ Lakonan Ma Dong Seok Telah Selesai Penggambaran

Zulaikha

Jun Ji Hyun Bersedia Untuk Berperang Dalam Poster Terbaru “Kingdom: Ashin of the North”

Zulaikha

“The Penthouse 3” Kekal No. 1 Untuk Minggu Kedua Berturut-Turut

Zulaikha

GET TO KNOW THE SO NOT WORTH IT CHARACTERS AND FALL IN LOVE WITH THEM

Zulaikha

Park Gyu Young Sebagai Detektif Dalam Gambar Terbaru “The Devil Judge”

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating