Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“River Where The Moon Rises” Kekal Mendahului, Na In Woo Buat Penampilan Pertama Sebagai On Dal

Pelakon Na In Woo membuat penampilan pertama dalam drama “River Where The Moon Rises”, menggantikan tempat Ji Soo yang disingkirkan akibat kontroversi baru-baru ini. 

Walaupun terpalit dengan kontroversi yang melibatkan bekas pelakonnya, drama “River Where The Moon Rises” masih mengekalkan prestasi baik dengan mencatatkan purata rating sebanyak 6.7 peratus dan 8.7 peratus, rating yang hampir sama dengan episod sebelumnya iaitu 6.6 dan 9.2 peratus. 

KBS sebelum ini telah merancang untuk menyunting babak On Dal sebanyak mungkin, dari episod 7 dan 8, tetapi kerana usaha pelakon lain yang menyelesaikan penggambaran semula, Na In Woo berjaya membuat penampilan pertamanya dalam episod 7, yang ditayangkan pada 8 Mac.

Sementara itu, drama tvN “L.U.C.A.: The Beginning” gagal meneruskan prestasi baik apabila rating episod terbaru jatuh ke tahap 5.491 peratus berbanding rating tertinggi yang dicatatkan minggu lalu iaitu 6.299 peratus. 

Akhi sekali di JTBC, drama “She Would Never Know” merekodkan purata rating sebanyak 1.614 peratus, sedikit penurunan berbanding episod sebelumnya. 

Berdasarkan cerita rakyat Goguryeo, “River Where the Moon Rises” akan menceritakan kisah cinta Puteri Pyeonggang dan On Dal. Dalam penceritaan semula kisah terkenal ini, Pyeonggang – yang juga pahlawan berani – adalah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo.

“L.U.C.A.: The Beginning” adalah drama aksi thriller mengenai seorang lelaki bernama Ji Oh (Kim Rae Won), yang diburu kerana kebolehan khasnya, dan seorang detektif jenayah ganas bernama Gu Reum (Lee Da Hee), satu-satunya yang mengingatinya. Kim Sung Oh memainkan peranan sebagai Lee Son, yang merupakan ketua di antara mereka yang memburu Ji Oh dan pernah menjadi sebahagian daripada pasukan khas.

Related posts

“Vincenzo” & Song Joong Ki Paling Popular Untuk Minggu Ke-2 Berturut-turut

Zulaikha

[TRAILER] WarnerMedia And CATCHPLAY Announce New Taiwan Series ‘Trinity Of Shadows’

Isqandar

8 KOREAN MOVIES YOU’LL ENJOY WHEN YOU WANT SOMETHING DARK & GRITTY

Zulaikha

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha