Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Menjelang pelancaran trailer rasmi untuk Arcane pada hujung minggu ini semasa TUDUM Global Fan Event, Riot Games dan Netflix telah mendedahkan lapan poster terbaru yang mempamerkan watak-watak dalam siri animasi yang akan datang. 

Ditetapkan di wilayah utopia Piltover dan kota bawah tanah Zaun yang tertindas, Arcane mengikuti asal-usul dua juara ikonik Liga Juara-Juara – dan kuasa yang telah memecahbelahkan mereka. 

Hailee Steinfeld mengetuai barisan pelakon suara dengan membawa watak VI. Dia turut disertai Ella Purnell sebagai Jinx, Kevin Alenjandro sebagai Jayce, Katie Leung sebagai Caitlyn, Jason Spisak sebagai Silco, Toks Olagundoye sebagai Mel, JB Blanc sebagai Vander dan Harry Lyloyd sebagai Viktor. 

Netflix dan Riot Games membawa francais fenomena global League of Legends ke televisyen dengan siri acara animasi Arcane, yang akan ditayangkan di Netflix di seluruh dunia pada musim luruh ini.

Siri ini menandakan siri pertama Riot Games untuk televisyen. Diadaptasikan dari harta intelek Riot Game, League of Legends, yang terkenal di seluruh dunia, Arcane adalah siri animasi yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games dengan kerjasama Fortiche Productions.

Jangn lupa saksikan trailer rasmi Arcane pada Ahad, 26 September sempena acara global pertama Netflix. Acara live streaming maya bermula pada 12pm MYT (Sabtu, 25 September @ 09:00 PST) dan akan disiarkan di saluran YouTube Netflix di seluruh dunia, serta Twitter, Twitch, dan Facebook.

Related posts

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

Leave a Comment