Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ridley Scott Sahkan Filem Prometheus 2 Akan Dihasilkan

Prometheus2

Setelah tayangan filem Prometheus pada tahun 2012, pengarah Ridley Scott telah membayangkan akan menghasilkan sekuel filem sains fiksyen itu. Namun begitu, pengarah prolific ini begitu sibuk dengan beberapa projek filem beliau sehinggakan idea untuk menghasilkan sekuel filem Prometheus nampak samar-samar.

Tetapi selepas beberapa bulan menyatakan kemungkinan sekuel filem ini akan dihasilkan, Ridley Scott telah mengesahkan bahawa filem Prometheus 2 adalah filem terbaru yang akan dihasilkan oleh beliau tidak lama lagi.

Menurut laman web screencrush.com, proses produksi filem ini akan bermula pada tahun hadapan, namun begitu, Ridley Scott yang masih sibuk dengan filem terbaru beliau, The Martian tidak memberitahu bilakah filem ini akan memulakan proses produksinya nanti, beliau hanya mengesahkan bahawa Prometheus 2 adalah projek terbarunya selepas ini.

Prometheus 2

Filem Prometheus sebelum ini mengisahkan sekumpulan krew kapal angkasa Prometheus telah menjumpai artifak yang sama seperti yang terdapat di panet Bumi di sebuah planet asing yang dilawati mereka. Disebabkan perasaan ingin tahu, mereka cuba mencari asal usul manusia di planet tersebut dan menjumpai makhluk asing yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti manusia. Namun begitu, makhluk asing tersebut sangat merbahaya dan mampu menghapuskan manusia. Bagi mengelakkan makhluk asing tersebut terlepas dan menuju ke bumi, mereka terpaksa melakukan sesuaitu untuk menghalang makhluk tersebut.

Sekiranya proses produksi filem Prometheus 2 ini akan dimulakan pada tahun hadapan, berkemungkinan ianya akan ditayangkan pada tahun 2017.

Related posts

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Matt Damon Dilaporkan Sertai “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating