Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ridley Scott Dan Disney Dilaporkan Sedang Berbincang Untuk Terbitkan Merlin Saga

Pengarah filem Alien, Ridley Scott dilaporkan sedang berbincang dengan Disney untuk menghasilkan filem-filem The Merlin Saga. Syarikat penerbitan milik Ridley Scott,  Scott Free juga turut dilaporkan terlibat dalam perbincangan tersebut untuk menerbitkan filem berkenaan bersama-sama Gil Netter.

Sumber dari laman web Comingsoon.net juga menyebut, filem-filemThe Merlin Saga akan menjadi projek terbaru pengarah berkenaan selepas mengarah dua filem pada tahun lepas iaitu Alien: Covenant dan All the Money in the World


Selain itu juga, penulis lakonlayar yang juga pemenang anugerah Academy, Philippa Boyens akan terlibat sebagai penulis skrip filem yang diadaptasikan dari buku karya T.A. Barron itu.

The Merlin Saga mempunyai sedozen siri buku yang mana buku pertama diterbitkan pada tahun 1996 berjudul The Lost Years of Merlin.

Penulis buku, T.A Barron juga dilaporkan akan turut terlibat dalam pembikinan filem-filem berkenaan. Beliau mendedahkan pekara demikian di laman web rasminya

“Since this film will be based on my ‘Merlin Saga,’ they have been very inclusive of me in this process,”. “All of us want this film to be true to the authentic young wizard who has captured the hearts of people everywhere. In addition, the people at Disney have been the best studio partners imaginable—hugely helpful in every way. I couldn’t be more excited!”

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment