Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rick Moranis Kembali Dalam Filem Reboot HONEY I SHRUNK THE KIDS


Selepas berjaya mendapatkan kembali pengarah asal Joe Johnston untuk mengarahkan filem reboot Disney+ Honey I Shrunk the Kids, pelakon asal francais Rick Moranis disahkan kembali membawa wataknya dalam filem akan datang.

Filem reboot Honey, I Shrunk the Kids akan ditetapkan tiga dekad selepas filem pertama, dan memberi fokus kepada Nick Szalinski dimana dia mengulangi kesilapan ayahnya dengan secara tidak sengaja mengecilkan anak-anaknya. Dia kemudiannya perlu mencari jalan untuk memperbaiki masalah tersebut.

Bintang filem animasi Frozen, Josh Gad akan memainkan peranan sebagai anak kepada karakter Wayne Szalinski lakonan Rick Moranis.

Filem pertama yang diterbitkan pada 1989 dibintangi Rick Moranis (Ghostbuster) yang memainkan peranan sebagai saintis dan pencipta yang bijak tetapi cuai, Wayne Szalinksi. Dalam filem tersebut, dia telah mencipta alat yang mampu mengecilkan benda. Setelah beberapa kali gagal dan berputus asa terhadap projeknya itu, berlaku kemalangan pelik dimana ia tidak sengaja mengecilkan dua anaknya iaitu Amy dan Nick serta anak jirannya iaitu Russ dan Ron. Wayne kemudiannya perlu mencari jalan untuk memperbaiki alat ciptaannya itu dan dalam masa yang sama mencari kanak-kanak yang sesat dibelakang halaman rumahnya.

Selepas menerima respon positif dan sukses dipentas box office, filem kedua berjudul Honey, I Blew Up the Kid telah dihasilkan diikuti filem video berjudul Honey, We Shrunk Ourselves. Bagaimanapun kedua-dua filem sekuel itu tidak berjaya seperti filem pertama.


Setakat ini, tarikh tayangan dan barisan pelakon lain masih lagi belum diumumkan pihak studio.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee