Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Richard E. Grant Sertai Barisan Pelakon ‘LOKI’

Bekas bintang filem Can You Ever Forgive Me? dan Star Wars: The Rise of Skywalker, Richard E. Grant dilaporkan bakal menyertai barisan pelakon siri Disney+ Marvel Loki, lapor The Wrap. Bagaimanapun, watak yang akan dibawa oleh aktor tersebut masih lagi tidak diketahui.

Grant akan menyertai Tom Hiddleston yang meneruskan wataknya sebagai Loki serta Sophie Di Martino, Owen Wilson dan Gugu Mbatha-Raw. Di Martino dikhabarkan akan membawa watak sebagai Lady Loki.


Siri Loki akan membawa penonton meneroka penggembaraan God of Mischief itu selepas dia berjaya mencuri Tesseract dalam filem Avengers: Endgame. Setakat ini plot utama siri masih lagi tersimpan rapi, tetapi menurut Hiddleston, karakternya akan menggunakan Tesseract untuk mencetuskan lebih banyak huru-hara.

Penulis Rick and Morty, Michael Waldron dipertanggungjawabkan untuk menulis skrip siri Loki, manakala Kate Herron dilaporkan akan bertindak sebagai pengarah.

Loki dijangka akan bersiaran di laman penstriman Disney+ pada penghujung musim bunga 2021.

Related posts

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Marvel Studios Kongsi Gambar Terbaru & Video Dari Episod Finale “Moon Knight”

Kakimuvee

Leave a Comment