Rian Johnson Sahkan Trilogi Terbaru Star Wars Tidak Melibatkan Karakter Asal

866
views

Rian Johnson telah berkongsi kemaskini mengenai trilogi Star Wars misterinya, yang masih dalam perancangan Disney/Lucasfilm walaupun khabar angin berkata sebaliknya.

Ketika bercakap kepada The Observer baru-baru ini, Johnson menyentuh sedikit mengenai cabaran yang dihadapinya untuk membawakan francais kearah hala tuju baru, dan mengesahkan bahawa trilogi arahannya itu tidak akan memberi fokus kepada karakter wira dan antagonis dari filem asal.

“We’re doing something that steps beyond the legacy characters,”

What does that look like? To me, the blue sky element of it is what was most striking about it. I know the way that I’m coming at it and what’s fun about it for everyone in George Lucas’ films is figuring out, ‘what’s the next step?’ It really makes you think and figure out what the essence of Star Wars is for me and what that will look like moving forward.” 

Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Johnson, peminat boleh menjangkakan bahawa trilogi terbaru Star Wars akan datang mungkin akan berlaku selepas filem The Rise of Skywalker. Tetapi, segalanya boleh berlaku kerana Star Wars memiliki galaksi yang sangat luas.

Walaupun filem The Last Jedi menerima reaksi positif para pengkritik dan sukses dari segi komersial, filem tersebut kurang digemari para peminat tegar Star Wars, jadi agak menarik untuk melihat bagaimana trilogi terbaru akan datang mampu menarik balik sokong peminat terhadap Star Wars.

Kepada peminat-peminat Star Wars, adakah anda berminat menyaksikan trilogi Star Wars arahan Rian Johnson? kongsikan pendapat anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here