Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Reza Rahadian Bintangi Filem The Gift


Aktor popular Indonesia, Reza Rahadian akan muncul dalam filem terbaru yang berjudul The Gift tidak lama lagi. Lebih menarik dalam filem tersebut beliauĀ akan membawa watak yang cukup mencabar iaitu sebagai orang buta bernama Harun.

“Untuk watak ini ia sangat mencabar bagi saya kerana tidak tahu bagaimana hendak mencorak watak sebagai seorang yang buta. Saya tidak mahu buat seperti mana yang pernah dibuat dalam filem atau drama lain sebelum ini.

“Oleh itu saya ambil keputusan untuk menjemput sekitar sembilan orang buta untuk berborak dan dari situ saya cuba mengenal pasti butiran-butiran penting untuk membawa watak tersebut,”

Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, sepanjang dia berborak dengan mereka ini apa yang dia tahu adalah ada segelintir daripada mereka tidak memakai tongkat, ada yang sudah hafal tempat dan mempunyai deria bau dan pendengaran yang sangat tajam.

Pelakon yang pernah membintangi filem My Stupid BossĀ turut memberi tahu bahawa beliau akan cuba bawa apa yang dia pelajari untuk menghidupkan wataknya dalam filem itu.


Selain Reza dan Ayushita, filem arahan Hanung Bramantyo ini turut menampilkan pelakon lain seperti Dion Wiyoko, Christine Hakim dan Romaria.Ā The Gift dijadualkan akan ditayangkan pada 24 Mei ini.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Trailer & Sinopsis Filem Seram Indonesia ‘Teman Tidur’

Kakimuvee

Trailer & Sinopsis Filem Seram Indonesia ‘Tasbih Kosong’

Kakimuvee

Kajiman: Iblis Terkejam Penagih Janji Sinopsis & Trailer

Kakimuvee

Filem Seram Indonesia ‘Para Betina Pengikut Iblis’ Akan Memasuki Netflix Pada 16 Jun Ini

Kakimuvee

Kisah Hamka Diabadikan Dalam Filem Biopik Indonesia ‘Buya Hamka’

Kakimuvee

Review Filem: Qorin (2023)

Ahmad Fariszuan