Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Rey, Finn, & Poe Dameron Menyusup Masuk Ke Dalam Star Destroyer Dalam Klip Terbaru Star Wars: The Rise Of Skywalker

Semasa pelancaran karakter Star Wars dalam permainan video Fornite, Lucasfilm telah mendedahkan klip terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker yang memaparkan Rey, Finn dan Poe Dameron menyusup masuk ke dalam Star Destroyer First Order, bagaimanapun mereka dihalang oleh beberapa askar Stormtroopers sebelum Rey mengunakan kuasanya.

Anda boleh saksikan klip filem tersebut dipemain video dibawah.

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Filem ini diarahkan oleh J.J. Abrams manakala skrip ditulis oleh Abrams sendiri bersama-sama Chris Terrio. Star Wars: The Rise of Skywalker akan menemui penonton pada 20 Disember ini.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

[TRAILER] Zombi Jadi Taruhan “Mat Bond Malaya” Arahan Nabil Ahmad

Kakimuvee

Leave a Comment