Saksikan TV-Spot terbaru filem Star Wars: The Last Jedi. Pengembaraan Star Wars diteruskan selepas filem Star Wars: A Force Awakens dimana Rey – seorang wanita asing memiliki kuasa Force yang cukup luar biasa. Beliau mencari seorang pahlawan Jedi yang telah lama menghilang, Luke Skywalker untuk meminta bantuan menentang First Order dan juga mempelajari kuasa baru yang muncul dalam dirinya.
Mahukah Luke Skywalker menjadikan Rey sebagai anak muridnya? ataupun enggan mengulangi kesilapan lalu. Jangan lupa untuk tonton filem terbaru Star Wars: The Last Jedi yang akan ditayangkan pada 15 Disember 2017.
The Last Jedi diarahkan oleh Rian Johnson dan dibintangi oleh Mark Hamill, Carrie Fisher, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Anthony Daniels, Gwendoline Christie, Kelly Marie Tran, Laura Dern dan Benicio Del Toro.
Kathleen Kennedy dan Ram Bergman akan bertindak sebagai penerbit, manakala J.J. Abrams, Jason McGatlin, dan Tom Karnowski akan bertindak sebagai penerbit eksekutif.
Untuk mendaptkan kepuasan maksimum, saksi filem ini dipawagam-pawagam IMAX