Review

Review: What Happened To Monday (2017)

Views

Filem What Happend To Monday merupakan antara filem dystopian sains fiksyen yang menjadi kegemaran saya. Walaupun pada dasarnya ia sebuah filem dystopian yang klise (yang mana watak utama menentang regim jahat), saya mengemarinya kerana mengunakan konsep adik-adik kembar dalam cerita utamanya. 

Diarahkan oleh Tommy Wirkola, What Happend to Monday ditetapkan dalam dunia yang mana populasi manusia mengancam sumber Bumi. Bagi mengelakkan kehabisan sumber, setiap keluarga dihadkan satu anak, dan jika mereka memiliki lebih dari satu anak, anak itu akan diambil oleh Child Allocation Bureau (C.A.B.) dan dibekukan sehingga mereka menjumpai planet yang sesuai untuk diduduki atau menemui cara untuk mencipta lebih banyak sumber semula jadi. 

Namun, Terrence Settman (Willem Dafoe) berhadapan dengan masalah besar apabila anak perempuannya melahirkan tujuh kembar, dan dia perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan C.A.B mengambil enam cucunya yang lain. Terrence kemudiannya mencipta satu identiti iaitu Karen Settman (Noomi Rapace), dan mengajar cucunya - Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, dan Saturday - untuk menjalani hidup sebagai Karen.

Pada awalnya, kehidupan mereka berjalan lancar sehingga Karen menjadi pegawai bank, tetapi sesuatu berlaku apabila Monday tidak pulang ke rumah. Bimbang dengan keselamatan Monday, mereka mula mencarinya, dan pencarian mereka membawa kepada rahsia besar C.A.B. 

Idea dan konsep sains fiksyen What Happend to Monday boleh dikatakan menarik, cuma cara penceritaannya sedikit 'dull'. Tommy Wirkola yang terkenal menerusi filem zombi Dead Snow 2: Red vs. Dead benar-benar memberi aksi yang cukup hebat dan 'gore' dalam filem ini. Noomi Rapace juga menunjukan kehebatan fizikalnya sebagai pelakon aksi sepertimana filem-filem sebelumnya.

Senang cerita, kekuatan filem ini terletak pada adegan-adegan aksinya, disebabkan itu, jalan cerita sedikit mendatar terutamanya pada pertengahan cerita dan terdapat beberapa plot yang boleh dipertikaikan. 'Third act' boleh dikatakan klise, tetapi 'twist' boleh dikatakan bagus, cuma motivasi Monday tidak begitu kuat. Paling mengecewakan adalah penjahatnya - tidak cukup jahat dan memorable. 

Secara keseluruhannya, What Happend to Monday sangat sesuai untuk ditonton oleh mereka yang gemarkan filem berkonsep dystopian dan sarat dengan aksi, tanpa perlu memikirkan plot, lebih-lebih lagi ia dibintangi oleh Noomi Rapace. 

RATING KAKIMUVEE: 7/10

 

 

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares