Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Review The Walking Dead Musim 7 Episode 3 “The Cell”

daryl-the-walking-dead

“The Cell”, Episod ke-3 siri televisyen The Walking Dead musim ke-7 kali ini banyak menceritakan keadaan Daryl yang berada dalam tahanan Negan dan kumpulan Savior dan juga sejarah dan konflik yang dihadapi oleh orang kanan Lucille iaitu D atau Dwight.

Dalam episod kali ini kita dapat lihat keadaan Daryl yang dikurung dan diseksa secara mental oleh ahli kumpulan tersebut terutamanya dari Dwight. Dwight boleh dikatakan musuh kepada Daryl dan dia mengharapkan Daryl mati dibunuh oleh Lucille.

Namun, Lucille melihat Daryl seorang yang kuat dalam kumpulan Rick dan cuba membuatkan dia tunduk dan menyertai kumpulan Savior. Namun, disebabkan dendam dan kekuatan yang ada dalam watak Daryl, dia tidak mudah mengalah dan tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyertai kumpulan Savior apabila Lucille.

dwight-2-the-walking-dead

Daryl yang dihantui dengan kematian Abraham dan Glenn telah diseksa secara mental oleh Dwight. Malah Dwight yang tahu kelemahan Daryl telah menyalahkannya diatas kematian Glenn. Disebabkan itu, kita nampak karakter Daryl berubah dalam filem ini dari seorang yang kuat menjadi soerang yang tidak mampu berbuat apa-apa dan menerima seksaan yang diterimanya.

Dalam pada itu, episod ini juga menceritakan sejarah Dwight pada masa lampau dan juga bagaimana dia mendapat parut dimukanya. Dwight dahulunya juga tidak suka pada Lucille namun tunduk setelah dia dan isteri bersama adik iparnya ditangkap oleh oleh Lucille dan kuncu-kuncunya semasa cuba melarikan diri.

daryl-2-the-walking-dead

Apa yang diceritakan oleh Lucille kepada Daryl, Adik isterinya telah dibunuh, dan Dwight merayu agar isterinya juga tidak dibunuh namun, Lucille memberi syarat kepadanya untuk mengelakkan kedua-duanya tidak dibunuh, Dwight yang berputus asa telah menerima syarat tersebut iaitu membenarkan isterinya berkahwin dengan Lucille manakala dia menerima seksaan yang menyebabkan parut pada mukanya.

dwight-the-walking-dead

Dan sejak dari itu, Lucille memberitahu, Dwight menjadi orang paling penting dalam kumpulannya dan ingin melihat Daryl turut sama menyertai kumpulannya.

Dalam episod ini juga, Daryl memberitahu Dwight yang memahami apa yang menyebabkan dia berubah menjadi penjahat.

Episod seterusnya “Services”

Related posts

“The Boys” Disambung Hingga Musim 4

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan “Dota: Dragon’s Blood” Musim 3, Dedah Pandangan Pertama

Kakimuvee

Ewan McGregor Kongsi Reaksi Krew Produksi Selepas Melihat Hayden Christensen Sebagai Darth Vader

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment