Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Review The Walking Dead Musim 7 Episod 4 “Service”

The Walking Dead Negan

Episod The Walking Dead kali ini kita melihat bagaimana kumpulan Savior merompak senjata dan bekalan-bekalan yang berada dalam simpanan Rick dan juga konflik yang bakal berlaku dalam kumpulan Rick.

Michonne yang masih berdendam dengan Negan telah berlatih tanpa pengentahuan Rick dengan menggunakan senapang sniper. Namun kemudian, Rick yang mengentahui niat kekasihnya itu telah memujuk Michonne untuk tidak secara melulu bagi mengelakan Negan membunuh ahli kumpulannya.

Dalam episod ini, Negan hampir membunuh salah seorang ahli kumpulan Rick apabila Carl telah mengugut salah seorang kumpulan Savior dan tindakan Spencer menyembunyikan senjata.

Sejujurnya kami benar-benar ingin melihat Carl diseksa sekurang-kurangnya oleh Negan. Tindakan tidak berakal oleh Carl yang mengugut ahli kumpulan Savior telah menyusahkan bapanya yang mahu mengelakkan kematian dikalangan komuniti Alexandria

Ya, Carl cuba menghalang kumpulan Savior dari merampas kesemua bekalan ubatan mereka, tapi dalam keadaan terdesak, dia sepatutnya tidak bertindak demikian.

rick-twd

Buat pertama kalinya setelah 7 musim berlalu, kita dapat melihat karakter Rick berubah dari seorang individu yang sentiasa mempunyai perancangan kepada individu yang telah berputus asa dan lemah. Ini gara-gara rasa bersalahnya terhadap apa yang berlaku terhadap kumpulannya.

Daryl berpeluang untuk kembali ke kumpulan Rick namun sifat ego dan enggan maruahnya di pijak oleh Negan bertindak tidak mahu merayu apabila Negan menyuruhnya merayu supaya dia dilepaskan dari tahanan.

Rick sebelum itu telah meminta Daryl dibebaskan setelah Negan dan kumpulannya mengambil segala senjata dan barang keperluan kumpulannya.

spencer

Terdapat beberapa point penting dalam episod kali ini. Tindakan Spencer yang mula mempersoalkan kepimpinan Rick dan Rosita yang menyembunyikan senjata bakal memberi masalah kepada kumpulan Rick di episod akan datang.

Malah Michonne pula bertegas mahu menetang kumpulan Savior dengan meminta Rick bergabung dengan kumpulan Hilltop. Namun Rick menolak kerana enggan melihat ahli kumpulannya terbunuh malah menyatakan bahawa kumpulan Savior terlampau besar.

Rick juga telah memberitahu kepada kumpulannya yang dia tidak lagi berkuasa dan meminta komunit Alexandria tunduk kepada Negan.

Diakhir babak episod ini, Rosita telah bertemu Eugene dan meminta beliau untuk membuat sebutir peluru dari kolongsong peluru yang dijumpai oleh Rosita.

Oh yer, agak-agak Maggie berada dimana yer sekarang?

Episod minggu hadapan “Go Getters”

Related posts

THE ROOK PREMIERES FOR THE FIRST TIME IN ASIA EXCLUSIVELY ON HBO GO THIS JANUARY

Zulaikha

[TRAILER] Kisah The Rock Diceritakan Dalam Sitcom “Young Rock”

Kakimuvee

Ethan Hawke Bawa Watak ‘Villain’ Dalam Siri Disney+ “Moon Knight”

Kakimuvee

Kantemir Balagov Arah Episod Pertama Siri “The Last of Us”

Kakimuvee

Segalanya Musnah Dalam Promo Terakhir “WandaVision”

Kakimuvee

Klip Rasmi “WandaVision” Papar Dua Watak Utama Cuba Ingati Hari Istimewa Mereka

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating