Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The White Tiger (2021)

The White Tiger

Diadaptasikan dari Novel Pemenang Hadiah Booker 2008 berjudul sama karya Aravind Adiga, The White Tiger membawa penonton melihat perjalanan hidup seorang lelaki dalam dunia yang terbahagi kepada dua lapisan masyarakat, iaitu kasta tinggi dan rendah, dalam bentuk penceritaan yang menarik, komedi gelap dan sinikal. 

Ya, mungkin Bollywood sudah lama memaparkan cerita sebegini, tetapi acuan Hollywood tidak kurang hebatnya, lebih-lebih lagi apabila ia diarahkan oleh Ramin Bahrani, pengarah Amerika berketurunan Iran yang terkenal dengan kreativitinya dalam filem Man Push Cart serta beberapa filem lain.

The White Tiger menceritakan kisah Balram (Adarsh Gourav), seorang kanak-kanak miskin dari luar bandar yang menjadi seorang usahawan berjaya di bandar besar Bangalore. Ini bukanlah filem inspirasi, tetapi lebih kepada filem yang menceritakan tentang perhambaan, penindasan dan kebencian terhadapan golongan kasta tinggi yang korup. 

Sebelum menjadi usahawan berjaya, Balram bekerja pemandu Ashok (Rajkummar Rao), anak kepada seorang lelaki kaya yang korup dan berpendidikan tinggi di US. Tugas sebagai pemandu, hubungan dengan Ashok dan segala yang disaksikan Balram dari tempat duduk pemandu, dari luar bandar hingga ke ibu negara Delhi, telah membuka matanya, melihat dunia yang jauh dari kampungnya. Namun, pengkhianatan dan eksploitasi telah mendorongnya untuk melakukan sesuatu yang dia tidak boleh berpatah balik. 

Advertising

Ramin Bahrani membimbing penonton dengan pelbagai nada dan suasana dalam penceritaannya. Ada yang berkomedi dan sinikal, tetapi kita dapat merasakan perubahan cerita kearah yang lebih gelap, melihat perubahan Balram sehingga dia membuat perjanjian dengan syaitan. Ramin mendekatkan kita dengan pemuda ini, sehingga pada satu tahap, kita menyokong apa yang dilakukan pemuda itu walaupun ia sebenarnya salah. 

Disebalik memaparkan kisah hidup Balram, ia turut menggambarkan secara luas korupsi golongan atasan dan ahli politik, dan bagaimana rakyat-rakyat miskin dieksploitasi, diperhambakan, ditipu dan digenggam oleh orang-orang kaya. Bak kata Balram, orang-orang miskin seperti ayam di dalam kurungan, menyerah leher untuk disembelih orang orang kaya.

Pendatang baru Adarsh Gourav sangat luarbiasa, dan lakonannya cukup menyakinkan. Durasi dua jam tidak merasa bosan, kerana fokus pada perubahan demi perubahan yang berlaku pada Balram, sehinggalah karakternya 100 peratus berbeza di penghujung filem. Priyanka Chopra Jonas yang memainkan peranan sebagai Pinky Madam, isteri kepada Ashok, tidak begitu banyak ‘screentime’, tetapi watak memberi impak kepada Balram dan plot cerita.

The White Tiger memberikan satu penceritaan yang cukup kemas dengan lakonan hebat para pelakonnya. Kekuatan kedua-dua tiang itu menjadikan ia sebuah filem drama yang sangat menarik, ditambah pula dengan latarbelakang Kota Delhi serta sinematografi dan skor, The White Tiger harus dimasukkan dalam senarai tontonan anda. 

The White Tiger boleh ditonton di Netflix

Rating Kakimuvee

4/5

Advertising

Related posts

Review Filem: Selamat Hari Tak Jadi (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Perfect Date (2019)

Kakimuvee

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim – Episod: 16-20

Ahmad Fariszuan

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (TV3) – Episod: 11-15

Kakimuvee

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (TV3) – Episod: 6 – 10

Ahmad Fariszuan

Review Telefilem: Delen (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman