Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review: The Dark And The Wicked (2020)

AMARAN SPOILER.

FILEM INI KURANG SESUAI UNTUK DIJADIKAN TONTONAN SEISI KELUARGA KERANA MENGANDUNGI GRAFIK YANG GANAS DAN TIDAK SESUAI UNTUK TONTONAN BAWAH 18 TAHUN.

Sebuah filem yang berkisar antara kehidupan sebuah keluarga antara bapa, ibu dan dua orang anak yang tinggal terpencil di sebuah rumah ladang. Si bapa kelihatan terlantar di katil berkemungkinan mengidap penyakit lumpuh (stroke) atau penyakit lain kerana tidak dinyatakan secara penuh dalam filem ini.

Si ibu menjaga si bapa sepenuh masa dibantu dengan seorang jururawat peribadi dan juga dua orang anaknya yang membantu menguruskan hal hal berkaitan ladang sepertimana yang disebut tadi mereka tinggal di rumah ladang yang terpencil. Si ibu mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam rumah mereka bermula dengan perabot rumah yang bergerak sendiri sehinggalah pada suatu malam, semasa menyediakan makan malam, si ibu telah mengalami satu gangguan yang sangat dahsyat dan mengerat jarinya sendiri. Si ibu akhirnya tergantung di dalam kandang kambing tidak jauh dari rumah mereka.

Filem ini merupakan sebuah filem yang membawa tema “slow horror” sepertimana filem Hereditary yang pernah ditayangkan pada suatu ketika dahulu terbita A24 Films. Tiada “jumpscare” yang kerap dan melampau, bahkan “mood” yang dibina dalam filem ini begitu perlahan dan tidak terburu buru sesuai dengan tema yang dibawa.

Perjalanan ceritanya pula ringkas dan tidak diserabutkan dengan banyak “detailing” lain. Segalanya hanya berkisar sesama mereka sahaja dan kisah berkenaan syaitan yang ingin mengambil jiwa bapanya yang sedang sakit itu tadi. Agak mengecewakan sebab syaitan berkelakuan sebegitu tidak dijelaskan dalam filem ini.

Filem sebegini juga mungkin tidak akan mendapat perhatian orang ramai kerana tema yang dibawakan bukanlah tema yang agak popular seperti premis filem seram yang lain namun ia masih lagi sebuah naskhah seram yang bagus bagi mereka yang menyukai filem filem seram.

Filem The Dark and The Wicked ini boleh didapati secara “on demand” di beberapa platform penstriman atas talian seperti Prime Video dan Google Play.

Rating Kakimuvee

4/5

Related posts

Review Siri TV: Squid Game (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Cruella (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Mencari Rahmat (2017)

Kakimuvee

Review Filem: Ada Hantu (2021)

Kakimuvee

Review Siri TV: What If…? (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Tomorrow War (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment