Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Telefilem: Dolla Watch Me Glow (2021)

Sudah lama rasanya kita tidak disajikan dengan filem atau telefilem tempatan yang berkonsepkan biografi sepertimana telefilem yang disiarkan di Astro baru baru ini. Telefilem Dolla : Watch Me Glow pada kali ini mengisahkan tentang perjalanan kumpulan penyanyi wanita negara iaitu Dolla. Sebelum saya pergi lebih jauh, kumpulan Dolla ini sememangnya wujud di Malaysia dan kumpulan ini juga turut mengeluarkan lagu raya dengan judul Raya Raya Raya yang agak enak untuk didengar sebenarnya.

Baiklah, telefilem sepertimana yang telah diberitahu tadi mengisahkan tentang perjalanan kumpulan Dolla dalam meniti perjalanan seni mereka bermula daripada awal penubuhan sehingga mereka berjaya membuat persembahan di sebuah anugerah berprestij negara.

Pada hemat saya, telefilem biografi ini sebenarnya terlalu awal untuk diterbitkan. Hal ini adalah kerana populariti Dolla masih lagi tidak berjaya menawan seluruh Malaysia dan oleh kerana itu tidak terlalu banyak perkara perkara “signature” yang boleh dimasukkan oleh pihak produksi ke dalam telefilem ini. Konflik yang suam suam kuku wujud dalam telefilem ini juga dilihat tidak berjaya mengangkat telefilem ini menjadi satu telefilem yang bagus.

Saat menonton telefilem ini, mungkin ada di antara penonton yang membandingkannya dengan filem yang hampir serupa dari luar negara iaitu Pitch Perfect. Mungkin adil atau mungkin tidak adil sekiranya perbandingan itu dilakukan kerana Barden Bellas adalah rekaan dan Dolla pula kumpulan yang betul wujud di dunia nyata ini. Akan tetapi konsep dan kaedah penceritaannya mungkin sahaja boleh diambil dan diadaptasi serba sedikit ke dalam telefilem ini.

Selain daripada ahli kumpulan Dolla sendiri yang mengambil bahagian sebagai pelakon dalam telefilem ini, terdapat seorang lagi pelakon yang dikira sebagai faktor penarik kepada telefilem ini iaitu tidak lain dan tidak bukan adik kepada salah seorang Menteri di Malaysia iaitu Azwan Hj Ali yang lebih dikenali dengan nama pentas beliau iaitu Diva AA. Diva AA dilihat hampir menjadi dirinya sendiri dalam telefilem ini dan beliau juga turut menggunakan istilah perbendaharaan kata beliau sendiri yang sering kita dengar dalam video beliau di media sosial.

Secara keseluruhannya, telefilem Dolla Watch Me Glow ini merupakan sebuah telefilem biografi yang sangat awal untuk diterbitkan dan ia dilihat tidak mampu meninggalkan kesan yang besar dalam penyiarannya di negara kita ini..

Rating Kakimuvee

1.5/5

Related posts

Review Filem: Malignant (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Siri TV: Squid Game (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Cruella (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Mencari Rahmat (2017)

Kakimuvee

Review Filem: Ada Hantu (2021)

Kakimuvee

Review Siri TV: What If…? (2021)

Kakimuvee

1 comment

bon tajam Jun 9, 2021 at 10:43 pm

jujur nya bg rating … kesian tabby

Reply

Leave a Comment