Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Telefilem: Delen (2021)

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Janna Nick kerana sudah bergelar pengarah. Walaupun karya pertamanya adalah sebuah telefilem, ia tetapi menjadi satu pencapaian besar buat Janna Nick.

Mungkin ada yang menganggap saya akan sedikit berlembut memandangkan Delen adalah karya pertamanya. Secara jujurnya tidak, saya tetap memberi ulasan seperti biasa tanpa mengira karya sulung atau karya ke lima puluh.

Pertama kali saya melihat tajuknya, saya berkata “adakah ini remake Dilan versi Malaysia?” tetapi selepas membaca sinopsis dan berita mengenainya, ternyata telefimen ini tiada kena-mengena dengan filem romantik Indonesia Dilan, walaupun poster dan tajuknya hampir serupa. 

Telefilem ini berkisar tentang seorang remaja bernama Delen yang cuba untuk memikat rakan sekelasnya, Emily lakonan Janna Nick. Namun dia menghadapi saingan dari pelajar baru iaitu Robert, seorang remaja kacak yang menjadi kegilaan ramai gadis sekolah mereka. 

Dengan bantuan Kak Jenny (lakonan Sherry Alhadad) yang menjadi penasihat cinta, Delen mula bersaing dengan Robert untuk menjadi lelaki yang terbaik untuk Emily. Dari situ, terjadilah pelbagai peristwa dan pertandingan untuk membuktikan siapakah lelaki yang paling layak untuk memiliki Emily. 

Delen adalah sebuah telefilem romantik komedi remaja yang sangat ‘cringe’ dan gedik dengan naratif yang gagal menarik perhatian saya. Permulaan cerita sudah menggambarkan telefilem ini adalah kisah Delen, tetapi saya tidak nampak fokus pada kisah watak utama itu sendiri dan penceritaannya terumbang-ambing. Keseluruhan plot sangat mendatar, konflik yang tidak cukup kuat dan konklusi yang sudah dijangka. 

Saya juga sebenarnya kurang gemar dengan karakter-karakter dalam filem ini, ada yang terlampau ‘kontrol’ dan ada juga yang ‘berlebih-lebihan’. Watak antagonis iaitu Robert tidak nampak begitu ‘bad boy’ dan sentiasa ‘kontrol macho’, manakala Delen, yang menjadi hero dalam cerita ini, gagal memberi impak. 

Saya cuba meminati karakter Mark Adam dan Joey Daud, tetapi tidak mampu. Saya juga mengharapkan watak Emily dapat menyelamatkan Delen, tetapi sayang, lakonan Janna sangat ‘kaku’ dan ekspresi wajahnya hampir seperti Kristen Stewart. Pendek kata, tiada karakter dalam filem ini yang benar-benar ‘memorable’.

Sebagai sebuah telefilem romantik komedi, sudah tentu, elemen romantik komedi menjadi teras utama yang dapat memberikan sebuah kisah cinta yang menghiburkan. Namun, telefilem ini gagal menggunakan kedua-dua elemen itu dengan sebaik mungkin. Dari segi romantis, saya tidak teruja dengan ‘happy ending’ ceritanya. Mungkin kerana saya tidak merasai pembinaan hubungan diantara kedua-dua karakter utama ini. 

Komedinya sangat ‘try hard’ dan ‘over’ sehingga saya tidak tahu dimanakah kelakarnya, adakah tersembunyi disebalik remote Astro? atau dibelakang televisyen? mungkin saya perlu tonton dua tiga kali untuk merasai komedinya. Saya sebenarnya tertanya-tanya, kenapa Delen memasukkan lawak yang menjurus kearah seksual songsang? adakah Janna Nick ketandusan idea komedi? – “tepuk dahi*

Secara keseluruhannya, karya sulung Janna Nick ini merupakan satu lagi kisah romantis komedi klise tempatan yang gagal memberikan kisah cinta yang ‘memorable’ dan menghiburkan. Namun, ia masih boleh ditonton jika anda gemarkan filem atau telefilem rom-com, atau anda adalah peminat Janna Nick. Saya mungkin tidak terhibur, tetapi citarasa kita berlainan dan anda mungkin menyukainya. 

Apapun, tahniah kepada Janna Nick atas penghasilan karya pertama dan diharap teruskan usaha dan memberikan karya yang lebih menarik dimasa hadapan. 

Rating Kakimuvee

1.5/5

Related posts

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (2021) – Episod 26-28

Ahmad Fariszuan

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (2021) – Episod: 21-25

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Selamat Hari Tak Jadi (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Perfect Date (2019)

Kakimuvee

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim – Episod: 16-20

Ahmad Fariszuan

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (TV3) – Episod: 11-15

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman