Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Telefilem: 44 Hari Bangkitnya Pocong (2021)

[AMARAN SPOILER]

Semenjak pawagam di Malaysia tidak beroperasi kerana penularan wabak COVID – 19, sudah lama kita tidak menonton filem filem seram yang menjadi pilihan pihak produksi di Malaysia sekiranya menghasilkan filem. Mungkin kerana bajet yang rendah ? atau ?

Astro Citra walau bagaimanapun telah menyiarkan satu telefilem seram yang bertajuk 44 Hari Bangkitnya Pocong lakonan Ellie Suriaty, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah, Raja Syahiran.

Mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk menundukkan suaminya dan juga membawa kecantikan kepada dirinya sendiri. Tidak cukup dengan memelihara pocong, wanita ini juga mengamalkan ilmu hitam lain seperti nasi kangkang dan juga susuk. Perkara ini semuanya kekal rahsia sehinggalah tiba hari kematian wanita ini sendiri. Keaiban mayat akhirnya telah ditunjukkan semasa babak memandikannya.

Si suami pula tidak menyangka akan perkara ini boleh berlaku dan begitu juga dengan anak kepada pasangan suami isteri ini. Setelah beberapa ketika kemudiannya, kampung tersebut telah  digemparkan dengan gangguan pocong dan juga ketukan pintu pada malam hari yang mengganggu kehidupan masyarakat kampung.

Secara keseluruhannya, telefilem ini merupakan sebuah telefilem seram yang tidak begitu seram dan hanya menumpang keseraman pada persona pocong itu sendiri. Masalah yang sama turut melanda telefilem ini iaitu jalan cerita yang tidak begitu jelas serta agak longgar pada 30 minit pertama menjejaskan momentum keseramannya. Perkembangan watak utama juga dilihat terumbang ambing sekaligus menambahkan kebosanan menonton telefilem ini.

Telefilem ini walau bagaimanapun harus dipuji kerana menampilkan sosok tubuh Ellie Suriaty sebagai pelakon utama sepertimana yang kita semua ketahui bahawa beliau sangat komited dan berbakat dalam melakonkan sesuatu watak.

Lihat sahaja pada babak beliau melaksanakan sesi pemujaan dan nasi kangkang itu sendiri. Bagi kami, babak tersebut lebih menyeramkan berbanding babak – babak yang ada pocong di dalamnya. Begitu jugak pada babak Ellie menyerang salah seorang penduduk kampung kerana dituduh berselingkuh dengan suaminya. Begitu hebat!

Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong bukanlah sebuah karya yang baik akan tetapi ia masih boleh ditonton untuk menghilangkan kebosanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan semasa ini.

Rating Kakimuvee

2/5

Related posts

Review Drama: Gokushufudo / The Way of the Househusband (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Seo Bok (2021)

Kakimuvee

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kakimuvee

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee