Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review: Sweet Home (2020)


SepertiĀ Train to BusanĀ danĀ #Alive,Ā siri terbaru NetflixĀ Sweet HomeĀ telah membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang sedang berlaku ketika watak utama bertembung dengan situasi yang menakutkan. Saya mengibaratkan siri ini seperti filemĀ Rec, dengan gabungan malapetaka zombi dimana sekumpulan ‘survivor’ dengan pelbagai ‘skill’ terperangkap dalam bangunan ketika berlaku pandemik.

Sudah tentu,Ā Sweet HomeĀ bukanlah zombi atau ‘found footage’, tetapi bagi saya, konsepnya tipikal, hanya menukar zombi kepada ‘monster’ dan cara jangkitannya. Walaubagaimanapun, saya tetap mengemarinya, bukan kerana memaparkan raksasa yang menakutkan semata-mata, tetapi fokusnya yang tidak hanya pada satu karakter, dan bagaimana ceritanya berjaya membangkitkan suasana seram, suspens dan emosi.Ā 

Siri ini dimulakan dengan kisah watak utama Cha Hyun-su, yang berpindah ke sebuah apartment selepas kematian keluarganya. Dia seorang yang kesunyian, dan cenderung untuk membunuh diri. Namun, pada suatu malam, dia berhadapan dengan pengalaman yang menakutkan, melihat seorang wanita yang berperangai aneh dan berlumuran darah. Sejak malam itu, dia dan penduduk pangsapuri tempat tinggalanya, mula menyedari bahawa terdapat makhluk menakutkan yang sedang memburu dan ingin mereka.Ā 

Sweet HomeĀ berating 18+ dimana ia menunjukkan adegan-adegan ganas, darah dan memaparkan niat untuk membunuh diri. Ya, elemen-elemen ada terutamanya yang melibatkan pembunuhan dan darah. Secara jujurnya, saya tidak merasa ‘geli’ dengan babak-babak ‘gore’, mungkin sudah terbiasa dengan adegan seperti itu dalam filem-filem slasher. Tetapi dari segi keseraman dan ‘creepy’ boleh dipuji.Ā 

Raksasa-raksasa dalam siri ini hampir menyerupai versi asal, dan sudah tentu, ia sangat menakutkan. ‘Setting’ apartment ‘Green Home’ seperti kawasan koridor, tangga atau ruangan bawah tanah berjaya membangkitkan perasaan seram. Suasana dalam bangunan yang gelap dan suram, ditambah pula dengan ‘monster’ yang ‘creepy’, akan membuat penonton merasa suspens dan takut ketika para survivor diburu atau berlawan dengan makhluk menakutkan itu.Ā 


Apa yang bagusnya tentang Sweet HomeĀ adalah bagaimana ceritanya dibangunkan. Kebanyakkan watak jarang mengenali antara satu sama lain, dan hubungan mereka dibina ketika sedang berjuang untuk terus hidup dikala sedang diancam raksasa dan kemungkinan dijangkiti. Ketika cerita dikembangkan, persoalan demi persoalan mula menyinggah pemikiran penonton, elemen emosi disuntik bagi mewujudkan suasana sedih –Ā  walaupun ada yang saya rasa dibuat scara berlebihan – dan drama serta konflik semakin kuat dikala para survivor berkonfrontasi diantara satu sama lain

Sweet Home

Bagi saya, musim pertama ini lebih kepada pengenalan kepada cerita dan karakter yang lebih besar. Beberapa episod awal kita tidak dapat lihat watak mana yang akan menjadi penggerak siri. Jadi, tidak hairan jika pembikin siri ini sengaja meninggalkan banyak persoalan yang mana ia mungkin dijawab dalam siri akan datang.Ā 

Secara keseluruhannya,Ā Sweet HomeĀ bukanlah tempat tinggal yang indah bak kata Hyun-su, tetapi boleh menjadi rumah yang melindungi mereka dari ancaman ‘monster’ yang menakutkan. Mungkin tidak cukup ngeri dan tipikal, tetapi siri Netflix ini menarik untuk ditonton. Saya percaya mesti ramai dikalangan penonton yang tidak sabar menantikan musim kedua.Ā 

Rating Kakimuvee

4/5

Sweet Home boleh distrim dilaman penstiman Netflix


Related posts

Kejayaan Filem Pertama Dorong Netflix Pesan Filem Sekuel Troll

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS ā€œThe Escape of the Sevenā€ Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Penerbit Sahkan Skrip Musim 2 One Piece Telah Siap

Kakimuvee

Zachary Levi Menggantikan Tempat Mel Gibson Dalam Chicken Run: Dawn of the Nugget, Tonton Trailer Pertama Disini

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee