Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Siri TV: What If…? (2021)

Episod 1-3

Diinspirasikan dari buku komik ‘one-shoot’, Marvel Studios membawa penonton mengembara ke cabang realiti alternatif Marvel Cinematic Universe dalam siri animasi pertama mereka berjudul What If…?. Siri tersebut, yang kini ditayangkan di Disney+ Hotstar, meneroka kemungkinan yang akan berlaku apabila penggembaraan tiga belas tahun MCU dilayar lebar, di’twist’ sedikit. 

Seperti filem dan siri live-action MCU yang lain, What If…? memberikan visual animasi yang cukup memukau dengan jalan cerita yang ringkas tetapi padat. Durasi tayangan yang hampir setengah jam diceritakan dengan begitu teliti, dengan ‘twist’ yang mengejutkan. Bagi penonton kasual, anda akan dibantu The Watcher bagi mendapat gambaran tentang siri ini, yang kebanyakkannya diambil dari momen-momen penting dalam beberapa filem live-action MCU. The Watcher, yang disuarakan oleh Jeffrey Wright, akan menceritakan mukadimah dan memberitahu kepada penonton dimanakan bahagian yang akan berlakunya ‘twist’, dan bagaimana perubahan itu mencipta cerita yang berbeza dari versi asal.

Episod perdana What If…? membawa penonton melihat kisah Avenger pertama, bukan Steve Roger, tetapi Peggy Carter. Hampir keseluruhan cerita dalam episod pertama menyamai filem Captain America: First Avenger, cuma apa yang akan dilihat anda adalah kisah Peggy Carter yang seterusnya menjadi Captain Carter. Seperti yang dikatakan diatas, walaupun durasinya singkat, ia memberikan banyak pekara-pekara baru dalam MCU, satu cerita yang cukup menarik tentang apa yang berlaku di realiti alternatif MCU.

Satu pekara yang perlu diberi perhatian adalah lakonan terakhir mendiang Chadwick Boseman di MCU. Episod kedua “T’challa as Starlord”, yang akan ditayangkan pada 18 Ogos, menceritakan tentang apakah yang akan berlaku selepas Ravagers tersilap culik T’Challa yang disangkakan Star-Lord. Disebalik memaparkan realiti alternatif filem pertama Guardians of the Galaxy, episod kedua, yang menampilan Chadwick Boseman sebagai pelakon utama, pasti memberi memori yang menyedihkan kepada penonton yang akan melihat buat kali terakhir lakonan mendiang di MCU. 

Episod yang paling mengejutkan dalam What If…? adalah episod ketiga, Loki on Earth, yang akan ditayangkan pada 25 Ogos. Episod ketiga memberikan lebih banyak kejutan berbanding dua episod awal, setakat ini. Kunci utama episod ini adalah mengenai kedatangan Loki ke Bumi, tetapi kisah yang diceritakan sebenarnya lebih gelap, lebih aksi dan lebih mengejutkan, anda tidak menyangka kenapa penjahat sebenar mencipta kekecohan menakutkan dalam episod ini. Jika anda sudah menonton kesemua episod siri Loki, pasti anda akan teruja dengan episod Loki on Earth, ingin mengentahui apa muslihat sebenar God of Mischief itu.

Dari segi visual animasi, para penonton pasti tertarik dengan hasil kerja Marvel Studios. Ketua animator Stephan Franck telah membawa animasi siri What If…? setanding dengan animasi-animasi popular yang lain. Kekemasan bukan sahaja terhad pada lakaran karakter, malah juga apabila melibatkan adegan-adegan aksi. Tempo setiap juga tidak begitu perlahan, seperti yang dikatakan diatas, plot yang padat membuatkan siri ini terasa pantas.

Setakat ini, tiga episod pertama What If…? tidak mengecewakan. Dengan pengenalan dunia Multiverse, bermula dari Loki, penonton berpeluang melihat realiti lain MCU selain jalurmasa asal. Ditambah pula dengan siri ini dimasukkan dalam canon MCU, kita mungkin berpeluang melihat lebih banyak episod-episod What If…?, lebih banyak kisah yang diluar jangkaan dan kejutan. Ataupun, mungkin sekadar berangan, siri ini dikembangkan ke bentuk ‘live-action’, meluaskan lagi dunia Multiverse MCU. Secara keseluruhannya, What If…? adalah sebuah siri animasi yang sangat berpotensi dan bercita-cita tinggi, seperti tiga siri MCU sebelumnya, dan dijamin akan memberi kepuasan kepada penonton, khususnya kepada peminat-peminat MCU. 

<strong>Rating Kakimuvee</strong>

4.5/5

What If…? boleh ditonton di Disney+ Hostar, episod baru akan tersedia setiap hari Rabu

Related posts

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Cursed: Dead Man’s Prey (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Bunty Aur Babli 2 (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Budak Kripto (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Annaatthe (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dendam Kesuma (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment