Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Siri TV: Resident Alien (2021)

Sebuah TV Series keluaran Jocko Productions, Universal Content Productions dan Dark House Entertainment dan Amblin Television dan disiarkan di saluran penstriman atas talian Syfy di bawah siri Syfy Originals. Resident Alien mula menemui para penonton bermula 27 Januari 2021 yang lalu.

Lakonan Alan Tudyk, Sara Tomko, Corey Reynolds dan Alice Wetterlund. Series ini mengisahkan tentang perjalanan seekor makhluk asing yang dalam misinya untuk menghancurkan bumi menggunakan satu alat yang maju dan akhirnya terhempas semasa dalam misinya di bumi.

Selepas terhempas, alien ini tadi telah menukar rupanya kepada seorang doktor di sebuah pekan dan membunuh doktor tersebut bagi mengelakkan daripada terdapat dua orang yang sama dan juga bagi mengelakkan identitinya terbongkar. Tanpa dijangka beliau juga terpaksa dilantik sebagai doktor residen di pekan tersebut kerana doktor residen yang lepas telah meninggal dunia dalam satu kes kontroversi.

Oleh kerana tidak menjangka akan perkara yang dilalui, alien ini tadi telah berusaha untuk memahami segala yang ada di bumi dan mempelajari semuanya termasuklah Bahasa manusia dan juga budaya yang ada di pekan tersebut.

Perkara menjadi lebih teruk apabila ada seorang kanak – kanak yang boleh melihat rupa sebenar beliau dan perkara ini adalah satu perkara yang besar kerana ia boleh menganggu rencana alien ini untuk memusnahkan bumi dan akhirnya beliau merancang untuk membunuh budak tersebut. Lebih parah lagi adalah apabila rakan kepada budak itu tadi turut dapat melihat rupa sebenar alien tersebut walaupun alien itu telah menukar bentuknya kepada manusia.

Di samping isu klinik dan juga isu kanak – kanak yang boleh melihat rupa sebenarnya itu, alien ini juga berhadapan dengan isu untuk mencari kembali alatannya yang ingin digunakan untuk menghancurkan bumi. Terhempas di sebuah gunung ais merupakan satu perkara yang agak sukar baginya mencari kerana luas kawasan yang agak luas.

Series ini pada dasarnya adalah sebuah series yang agak menarik kerana ia menggabungkan banyak elemen seperti misteri, jenaka, medikal dan juga drama. Jenaka gelap atau “dark humor” yang diberikan dalam series ini juga sangat tidak dijangka. Selain itu, fakta medikal yang diberikan dalam ini juga begitu tepat pada dasarnya walaupun series ini bukan pada genre medikal 100%.

Jalan ceritanya walaupun tidak mencapai tahap yang begitu mengujakan akan tetapi ia mampu membuatkan kita tertarik dengan setiap lirikan jalan ceritanya.

Rating Kakimuvee

3.5/5

Related posts

Review Filem: Cruella (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Mencari Rahmat (2017)

Kakimuvee

Review Filem: Ada Hantu (2021)

Kakimuvee

Review Siri TV: What If…? (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Tomorrow War (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Mat Bond Malaya (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment