Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Siri: The Liberator (2020)

Seperti menonton siri Band of Brothers tetapi dalam bentuk animasi, The Liberator memberi visual segar kepada peminat filem atau siri bergenre perang.

Minisiri terbaru Netflix ini mengandungi empat episod dengan setiap episod berdurasi hampir satu jam. The Liberator berdasarkan buku yang ditulis oleh Alex Kershaw berjudul The Liberator: One World War II Soldier’s 500- Day Odyssey. Siri memberi fokus kepada pengalaman perang bekas pegawai tentera AS, Felix Sparks dan 157th Infantry Regiment, yang telah berperang selama 500 hari disamping Tentera Berikat ketika Perang Dunia Kedua.

The Liberator merupakan minisiri pertama yang mengunakan Trioscope Enhanced Hybrid Animation, teknik yang mengabungan pelakon ‘live-action’ dan CGI. Penggunaan teknologi ini membuatkan minisiri ini kelihatan unik, ibarat seperti penonton menyelak helaian buku komik. Namun, animasinya gagal menyampaikan elemen emosi, dan kadang-kala sukar untuk membezakan watak sampingan  – kecuali watak utama yang jelas gambarannya. 

 

Sebagai sebuah cerita perang, penonton mungkin menjangkakan penceritaan yang klise, melihat drama dan pertempuran yang tidak jauh beza dengan filem atau siri televisyen perang yang lain. The Liberator sememangnya tidak dapat lari dari klise, namun struktur penceritaanya boleh dikatakan tersusun kerana membahagi empat judul tanpa perlu terikat dari menjadi ‘satu filem panjang.’ 

Setiap episod akan membawa penonton ke pertempuran yang berbeza, dari kawasan hutan di Itali, ke Pertempuran Aschaffenburg dikawasan bergunung dan bersalji, hinggalah ke babak akhir yang mana pasukan tentera ini menjadi yang pertama sampai ke kem tahanan Nazi. 

Minisiri juga masih memaparkan ‘gritty’ sewaktu peperangan, cuma ianya kurang kelihatan ‘ganas’ kerana terselindung dengan animasi ala komik. Cuma kekurangannya, terlampau fokus pada karakter Felix Sparks berbanding anggota tentera dalam 157th Infantry Regiment. Fokus karakternya berbeza dari apa yang kita lihat seperti dalam siri perang seperti Band of Brothers. 

Secara keseluruhannya, The Liberator sangat sesuai kepada peminat filem atau siri perang yang mahukan kelainan dari segi visual. Susunan penceritaannya yang kemas, tetapi kurang fokus pada karakter. Mungkin disebabkan jumlah episod yang sangat pendek, tetapi jika panjang, sekurang-kurangnya 10 episod, kita mungkin dapat lihat perkembangan karakter lain berbanding Felix Sparks.

Rating Kakimuvee

3.5/5

The Liberator boleh ditonton diplatform streaming Netflix

Related posts

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

Review Filem: The Promised Neverland (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: The Box (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: Hi, Mom (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Minari (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Mortal Kombat (2021)

Kakimuvee