Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Siri: Star Wars: Bad Batch (2021)


Siri terbaru Star Wars Obi-Wan Kenobi telah membuatkan saya ‘revisit’ kembali satu siri animasi era baru Star Wars, iaitu Star Wars: Bad Batch. Dicipta oleh Dave Feloni khusus untuk perkhidmatan streaming Disney+ Hotstar, siri animasi ini boleh dikatakan antara siri yang wajib tonton buat peminat Star Wars.

Bad Batch merupakan spin-off kepada animasi popular Star Wars The Clone Wars yang memberi fokus pada pasukan elit Clone Trooper dengan mutasi genetik. Latarbelakang siri ini ditetapkan selepas Clone Wars, iaitu sebaik sahaja Emperor Palpatine memberikan arahan ‘Order 66’ kepada Clone Trooper untuk membunuh kesemua Jedi. 

Pasukan elit Bad Batch, yang dikenali sebagai Clone Force 99, bagaimanapun tidak terkesan dengan arahan tersebut. Mutasi genetik yang ada pada setiap anggota Clone Force 99 menyebabkan cip yang mengawal tentera klon tidak memberi kesan kepada mereka, dan ini menyebabkan Clone Force 99 mempertikaikan tindakan pegawai atasan mereka sebelum melarikan diri dari Empire untuk menjadi tentera upahan. 

Siri-16 episod Bad Batch mengandungi banyak aksi-aksi yang menarik serta jalan cerita yang tidak membosankan. Episod awal lebih menjurus kepada pertukaran tampuk pemerintah dari Republic ke Empire, dan bagaimana pasukan elit ini mula curiga dengan kredibiliti pegawai atasan mereka serta Empire dalam memastikan keamanan galaksi. 

Detik-detik mereka mula berpaling tadah dan lari dari Empire hanya bermula apabila mereka diberikan satu misi dimana kesemua musuh harus dihapuskan, tetapi yang sebenarnya, mereka diberi tugas untuk membunuh orang awam. 


Selain dari memaparkan jalan cerita dimana Empire memburu pasukan elit ini, setiap episod Bad Batch memberi fokus pada misi-misi mereka sebagai tentera upahan. Beberapa watak penting Star Wars seperti Bib Fortuna dan Saw Gerrera turut membuat kemunculan dalam siri ini, menunjukkan bahawa Bad Batch pernah bertemu dengan mereka. 

Bercakap soal aksi, setiap episod Bad Batch pasti menyelitkan adegan-adegan pertempuran galaksi, bergantung pada misi-misi mereka. Inilah kelebihan pada siri berbentuk animasi dimana kita dapat disajikan dengan banyak adegan menarik yang akan membuatkan penonton untuk terus melekat ditempat duduk. 

Animasi siri ini boleh dikatakan jauh lebih baik berbanding The Clone Wars dan siri animasi Star Wars yang lain – kecuali Star Wars: Vision yang lebih kepada anime. Kekemasan dan keunikkan animasinya merupakan salah satu daya penarik selain daripada jalan cerita dan genre aksinya sendiri.

Secara keseluruhan, Star Wars: Bad Batch merupakan sebuah siri spin-off dan animasi Star Wars yang tidak harus dilepaskan penonton. Siri ini bukan sahaja menambah kepelbagaian dalam francais Star Wars, malah ia turut membawa penonton melihat penggembaraan epik galaksi dari kaca mata ‘Clone Troopers’. 

Rating Kakimuvee

4/5

Star Wars: Bad Batch boleh distrim di perkhidmatan streaming Disney+ Hotstar


Related posts

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee