ReviewSiri TV

Review Siri Netflix: The Witcher (Musim 1)

Henry Cavill totally badass!

Views

Setelah lama terperap dek kerana embargo, akhirnya saya berpeluang juga untuk melempiaskan segala perasaan selepas menonton siri terbaru Netflix berjudul The Witcher. 

Saya percaya ramai yang menantikan siri ini memandangkan ia dibintangi pelakon terkenal Henry Cavill, dan dianggap sebagai sebuah siri yang diadaptasikan dari permainan video berjudul sama. Sebelum saya meneruskan penulis, suka saya ingin beritahu kepada anda bahawa siri ini sebenarnya bukanlah adaptasi dari permainan video, sebalik dari siri buku yang ditulis oleh Andrzej Sapkowski.

Ulasan yang anda baca ini mungkin pendek kerana saya tidak sertakan sebarang 'recap' sepanjang menonton 5 episod awal sebelum ia memulakan tayangan rasmi pada 20 Disember yang lalu, dan saya juga akan cuba mengelakkan sebarang sebarang spoiler besar dalam ulasan ini agar tidak merosakkan sebarang 'mood' pembaca yang ingin menonton siri ini.

Sekadar ringkasan, The Witcher ini berkisarkan tentang Geralt of Rivia lakonan Henry Cavill, seorang pemburu 'monster' yang ditugaskan untuk menjaga seorang puteri, Princess Cirilla (Freya Allan) yang diburu tentera Nilfgaardian. Dia turut bertemu dengan seorang ahli sihir yang cukup kuat dimana mereka bertiga akan memulakan penggembaran didunia yang penuh keganasan.

Pembinaan naratif The Witcher agak sedikit perlahan dipermulaan siri, tetapi selepas beberapa lama, naratifnya menjadi semakin menarik. Saya bukanlah pembaca buku-buku tulisan Andrzej Sapskowski, jadi 30 minit pertama semasa menonton episod satu hampir membuatkan saya berputus asa. Kemudian apabila tiba ke babak dimana Cintra diserang tentera Nilfgaardian, segalanya berubah, dan membuatkan saya ingin mengentahui cerita dibabak-babak seterusnya.

Pekara yang menarik tentang siri ini adalah gabungan elemn 'dark fantasy' dengan suasana seram dan keganasan. Gabungan elemen-elemen itu telah membuatkan saya tidak berganjak untuk menghabiskan kesemua lima episod awal. Henry Cavill sebagai Geralt benar-benar 'mvp', dia memainkan peranan sebagai hero dan anti-hero, membunuh lawannya tanpa belas kasihan. Ekspresinya juga menjadi satu tarikan untuk terus mengikuti siri ini, begitu juga beberapa watak lain seperti Princess Cirilla dan Yennefer yang bagi saya, sukar untuk mencari kelemahan.

Sudah tentu, seperti siri-siri fiksyen zaman Medieval eropah, sihir, monster dan serta beberapa adegan yang tidak sesuai untuk tontonan bawah umur pasti akan dipaparkan dalam siri ini. Tetapi anda perlu memberi perhatian pada setiap aksi melawan pedang, satu kepuasan yang tidak terhingga sehinggakan anda akan beberapa kali mengulangi babak tersebut untuk melihat libasan, darah dan kematian.

Saya tidak mahu kaitkannya dengan siri The Game of Thrones memandangkan The Witcher mempunyai kekuatannya sendiri, tetapi bagaimana The Witcher menterjemahkan elemen-eleman dark fantasy, karakter dan naratifnya membuatkan saya rasa siri ini sangat unik dan menyeronokkan.

Setakat ini, The Witcher masih lagi memberikan sebuah siri yang menarik untuk ditonton. Saya tidak mengeluarkan rating penuh memandangkan masih terdapat tiga lagi episod yang perlu saya ikuti, tetapi apa yang saya boleh gambarkan, musim pertama The Witcher memberikan sesuatu yang diinginkan oleh para peminatnya. Oh ya! seperti yang katakan diatas, Henry Cavill adalah 'tangkal' untuk menarik anda menonton siri ini.

The Witcher kini boleh distrim dilaman penstriman video Netflix

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks