Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review: Ron’s Gone Wrong (2021)

Sudah lama rasanya kita tidak dihidangkan dengan filem animasi di layar gergasi semenjak pandemik COVID-19 melanda sama ada dari rantau Asia Tenggara mahupun peringkat dunia ditambah pula dengan larangan untuk kanak – kanak memasuki pawagam buat ketika ini.

Ron’s Gone Wrong menjadi antara salah satu filem animasi terawal yang ditayangkan di pawagam setelah hampir seluruh dunia berada di bawah perintah kawalan pergerakan di negara masing masing. Merupakan sebuah produk yang diterbitkan oleh 20th Century Studios. Arahan Sarah Smith, Jean-Philippe Vine dan Octavio E. Rodriguez.

Filem animasi ini mengisahkan tentang sebuah syarikat yang dikenali sebagai Bubble yang mengeluarkan satu robot untuk setiap kanak – kanak di dunia ini dalam tujuan agar seluruh kanak – kanak yang memiliki robot tersebut memiliki kawan berdasarkan minat dan rujukan yang sama. Di sebuah bandar, seluruh kanak – kanak telah memiliki robot tersebut kecuali seorang kanak – kanak yang dikenali sebagai Barney. Beliau pada dasarnya turut menginginkan robot tersebut namun status kewangan keluarganya menghalang dia daripada memilikinya.

Dipendekkan cerita, Barney akhirnya berjaya memiliki robot tersebut daripada bapanya sendiri sempena hari ulangtahun kelahirannya sendiri. Pada awalnya, Barney menyangkakan bahawa robot tersebut rosak kerana tidak berfungsi seperti robot robot yang lain akan tetapi, setelah mengharungi beberapa peristiwa bersama, dia merasakan bahawa robotnya itu ada keistimewaannya yang tersendiri yang tiada pada robot robot yang lain.

Sepertimana yang kita ketahui, plot seperti ini sudah tidak asing lagi dalam dunia animasi di mana ada sebuah syarikat gergasi yang menawarkan sesuatu kepada golongan kanak kanak dan kemudiannya menggunakan pelanggan mereka untuk kepentingan syarikat sendiri. Namun begitu, apa yang dipaparkan dalam “Ron’s Gone Wrong” ini adalah keunikannya yang tersendiri. Penonton tidak disajikan dengan plot twist yang melampau lampau, sesuai dengan golongan targetnya iaitu kanak – kanak.

Rencah aksi dan emosi yang diberikan dalam filem ini boleh dikatakan cukup rasa. Tiada terlebih masin dan tiada terlebih manis. Sepertimana biasa juga, motif villain dalam filem ini juga cukup tipikal akan tetapi ia diberi sedikit sentuhan dunia nyata iaitu apabila kejahatannya terbongkar, villain itu sendiri berundur secara terhormat dan tidak terus melawan sehingga dikalahkan secara teruk oleh hero.

Mesej tentang persahabatan yang ingin disampaikan dalam filem ini juga cukup jelas. Kawan senang dicari namun sahabat wujud 1 dalam 1000 dan di akhir filem ini juga mengajar kita bahawa memiliki tidak semestinya bersama kerana kenangan diukir pada saat pertama bertemu dan akan kekal dalam memori hingga ke akhirnya.

Kesimpulannya, “Ron’s Gone Wrong” adalah filem yang sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan umur dan mungkin boleh menyegarkan kembali memori persahabatan kita bersama sahabat kita walaupun mungkin kini masing masing telah membawa haluan masing – masing.

<strong>Rating Kakimuvee</strong>

3.5/5

Related posts

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Cursed: Dead Man’s Prey (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Bunty Aur Babli 2 (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Budak Kripto (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Annaatthe (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dendam Kesuma (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment