Review Filem: Kuntilanak 2 (2019)

262
views

AMARAN SPOILER!

Sebuah filem seram daripada Indonesia mula menemui penonton di pawagam bermula 25 Julai 2019 yang lalu. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Kunthilanak yang lalu, filem pada kali ini masih menampilkan watak watak yang lama dan ditambah dengan beberapa watak yang baru.

Penceritaan dimulakan dengan kisah Dinda yang merupakan salah seorang anak yatim jagaan Bu Dona. Seorang wanita telah datang untuk mengaku dirinya sebagai ibu kandung kepada Dinda dan Dinda ingin mengikut wanita itu pulang. Oleh kerana tiada pengesahan yang boleh diberikan wanita itu tadi, Ibu Dona membenarkan Dinda untuk mengikuti wanita tersebut tetapi dengan syarat iaitu mereka harus pergi dengan kehadiran orang dewasa dan hal itu dipersetujui oleh anak bongsu Ibu Dona.

Mereka kemudiannya memulakan perjalanan mereka ke sebuah hutan dimana wanita itu tadi tinggal dan dalam perjalanan mereka ke sana, mereka telah mengalami beberapa perkara aneh. Tanpa menghiraukan perkara perkara tersebut, mereka akhirnya berjumpa dengan kediaman wanita misteri itu.

Dalam pada itu, Ibu Dona telah pergi ke tempat di mana Dinda ditinggalkan iaitu di sebuah rumah asuhan anak anak yatim. Pengurus rumah tersebut telah menjelaskan segalanya kepada Ibu Dona dan perkara yang dijelaskan begitu mengejutkannya.

Kuntilanak 2 pada kali ini dilihat lebih hebat dari segi nilai keseraman yang diberikan dan juga jumpscare yang ditawarkan akan tetapi filem pada kali ini hanyalah berlandaskan ketakutan semata mata dan menawarkan tiada mesej atau nilai yang dapat dipelajari. Perjalanan cerita filem ini sangat ‘kosong’, penonton secara langsung akan lupa apa yang ingin cuba disampaikan oleh pembikin filem ini, sebaik sahaja filemnya tamat. Bahasa mudahnya, Kuntilanak 2 hanya mementingkan elemen-element kejutan dan ketakutan. Sesuai bagi mereka yang sukakan adegan-adegan “jumpscare” dan pertunjukkan wajah wajah hantu yang banyak sepanjang perjalanan filem.

Selain itu juga, lakonan para pelakon juga mengecewakan. Ini masalah yang sering berlaku dalam filem-filem, terlampau fokus untuk menakutkan penonton sehingga gagal dalam menterjemahkan jalancerita yang baik dan juga beberapa sudut lain seperti penghayatan watak. Secara ringkasnya, Kuntilanak 2 filem yang sangat tidak sesuai bagi mereka yang mementingkan kepuasan dari pelbagai sudut dan bukan nilai keseraman semata mata. Jadi jika anda rasa ingin menonton sekadar untuk merasai ketakutan, filem ini sesuai untuk anda

Rating Kakimuvee : 5/10

Tonton Review kami di laman Youtube!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here