Review

Review: Lovecraft Country -Ep. Sundown (HBO)

Views

Selepas lama menanti, siri televisyen adaptasi Lovecraft Country akhirnya ditayangkan di HBO 16 Ogos yang lalu. 

Lovecraft Country merupakan siri televisyen drama seram yang dibangunkan Misha Green berdasarkan novel berjudul sama karya Matt Ruff. Siri yang berlatarbelakang era 1950an ini berkisar tentang seorang pemuda kulit hitam yang menggembara seluruh Amerika Syarikat demi mencari ayahnya yang hilang. Namun pencarian itu membongkar rahsia gelap yang menakutkan.

Siri 10 episod ini dimulakan dengan episod pembuka berjudul Sundown yang mana ia membawa penonton mengenali watak-watak utama dan pengenalan kepada jalan cerita Lovecraft Country. 

Atticus Freeman (Jonathan Majors) merupakan veteran perang yang gemar membaca buku-buku fiksyen. Selepas mendapat berita kehilangan ayahnya, Freeman terus pulang ke kampung halamannya. Menerusi sekeping surat yang dikirim ayahnya, Freeman dengan bantuan pakciknya, Uncle George (Courtney B. Vance) mula merancang perjalanan ke lokasi yang dinyatakan dalam surat tersebut. 

Penggembaraan mereka disertai seorang wanita, yang juga rakan kepada Freeman iaitu Letitia "Leti" Lewis (Jurnee Smollett) yang ingin menumpang kenderaan menuju ke rumah abangnya. Sepanjang perjalanan menuju ke lokasi yang ditujui, mereka berhadapan dengan keganasan rasisme dari masyarakat kulit putih. Bukan itu sahaja, ketika ditahan sekumpulan syeriff berkulit putih, mereka berhadapan dengan makhluk yang sangat menakutkan!. 

Sebagai sebuah episod pembuka, Sundown bukan sahaja mula membina karakter Freeman, Uncle George dan Leti, malah membawa penonton melihat keadaan rasisme yang berlaku pada era 50an. Tempo siri televisyen ini sedikit perlahan diawal cerita, namun apabila ketiga-tiga watak utama mula melakukan perjalanan, 'mood' siri tv ini dibuna secara perlahan-lahan untuk menjadi lebih 'intense'. Ini disebabkan penonton dapat melihat kesukaran yang dihadapi watak utama apabila berada dikawasan yang diduduki masyakat kulit putih, serta berhadapan kejadian-kejadian yang mendebarkan. 

Rasa ingin tahu semakin membuak selepas mereka dibantu oleh individu misteri semasa dikejar sekumpulan 'white supremacist'. Kehadiran individu misteri itu menimbulkan persoalan tentang kaitannya dengan watak utama. Babak paling mendebarkan dalam episod pertama ini sudah tentu di bahagian klimaks, yang mana mereka diserang oleh makhluk misteri yang sangat ganas. Bahagian ini mula membuka tujuan utama Lovecraft Country, iaitu sebuah siri seram yang bakal memaparkan banyak 'monsters'. 

Setakat ini, watak Freeman, Uncle George dan Leti sangat memberi kesan kepada pembinaan plot, walaupun ia masih diperingkat awal. Watak Leti paling menonjol, terutamanya yang melibatkan babak-babak yang intense. 

Secara keseluruhannya, episod pertama Lovecaft Country boleh dikatakan sangat 'promosing'. Plotnya dibina dengan baik walaupun tempo sedikit perlahan, wataknya juga sangat menyakinkan, dan penamat episod ini mampu membangkitkan perasaan untuk menonton episod seterusnya. Cuma, sedikit pesanan, Lovecraft Country adalah siri yang tidak sesuai untuk ditonton keluarga kerana ia memaparkan adegan-adegan yang tidak sepatutnya dan terlampau 'gore'. 

Episod kedua - "Whitey's on the Moon" - akan disiarkan di HBO Go pada 23 Ogos ini.

RATING KAKIMUVEE: 8.5/10

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks